Pengikut VVIP

Wednesday 2 October 2013

aku diserang!

assalamualaikum..

hari ni 2.10.2013..
baru masuk 11hari aku kat KL ni..
tapi macam-macam dah jadi..

Kena Serang

Ni cerita semalam..salah faham punya pasal aku jugak yang budak-budak tu serang..Budak-budak?Yer,memang budak-budak yang bagi aku belum cukup matang.
Hurm,aku tak sedih bila 5 orang sekali serang aku.Cuma aku terkilan ja.terkilan sebab bukan aku penyebab semua ni..tapi aku yang kena.Tapi as long as diorang tak sampai tahap sentuh aku,aku still boleh sabar..

kesian jugak aku tengok budak tu...
tak matang.
aku dah 21 tahun.diorang baru lepas SPM..
ini bodoh kalau aku nak fight2 dengan diorang semua.
Aku cuba berdiplomasi dengan sebaik mungkin.

Aku tak faham sebenarnya.Tak faham kenapa dalam ramai-ramai,aku yang kena.Nama aku yang naik,and aku jadi wanted person.
aku datang KL ni semata-mata nak sambung degree.bukan nak layan perangai bodoh and tak matang diorang.Aku kerja kumpul duit dengan tulang 4 kerat aku ni untuk study,tak dak masa langsung nak cari masalah dengan orang lain.

tapi tak pelah.semua ni buat aku lebih matang and bersedia dalam setiap situasi mengejut macam kena serang semalam tu..haishh..sabar je lah.tapi kalau aku hilang sabar,sorry..jangan hairan kalau dah  tak kenal sapa fida..

buat semua yang terlibat secara langsung and tak langsung,thanks banyak2..
walaupun di sebalik semua ni ada yang buat aku terkilan sangat2,aku rasa lebih baik aku pendam ja..mungkin lebih baik...

semoga Allah melindungi aku dari apa saja niat buruk and perangai busuk hati orang lain terhadap aku..hanya Allah pemudah urusan...Amin...
readmore »»  

Friday 27 September 2013



assalamualaikum..

dah dekat seminggu kat KL,baru hari ni aku sempat nak update belog ni..

alhamdulillah..ramai kawan-kawan KPTM Alor Setar sambung degree kat KPTM KL ni ha..so agak happy la dapat study sama-sama dengan diorang lagi.




so far,aku still dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan KL ni..
cuma keserabutan + kesesakan kat sini agak menyemputkan aku..haha..
that's why i love penang and alor setar more..

keadaan kat KPTM KL pun agak sesak sebab student ramai sangat-sangat..
tadi aku and kawan-kawan tak masuk kelas sebab tak jumpa kelas..aduhai..penat kot tawaf satu kptm tu..at last,balik cam tu je..stress betol!

harap-harap hari isnin nanti everything about class will be fine..huhu..

aku sedang menikmati pemandangan sekeliling..macam2 pemandangan dari sifat manusia..sangat mengujakan aku..huh!ini KL..jangan nak pelik sangat lah kalau nampak benda pelik-pelik...
semoga 2tahun setengah aku kat sini aku dapat timba pengalaman sebanyak yang boleh..dan yang penting niat aku yang satu..nak grad degree dengan result yang tak akan mengecewakan parent aku yang terlalu banyak berkorban demi aku ni..Semoga KL tak akan merubah siapa diri aku yang dulu dan aku tetap jadi fida yang sama macam dulu..akan selalu ingat pada asal usul aku....Inshaa Allah..

takat sini dulu..
nanti kita sembang lain ye..
thanks for reading..
love u guys :)
bye :)

readmore »»  

Wednesday 21 August 2013

KPTM KL pulok dohh...

assalamualaikum..

keputusan yang tiba-tiba aku buat..
kenapa tiba-tiba KPTM KL?
bukan ke sebelum ni aku dengan yakin dan tekad lagi sebulat-bulatnya keputusan nak masuk UNIKL?
semua ni diluar jangkaan..

aku buat keputusan di saat akhir..
lepas beberapa faktor yang aku pertimbangkan..

1. Jangka masa di KPTM KL untuk program ijazah lebih singkat dari UNIKL..
So aku fikir habis-habis.Aku terus apply and terima tawaran Bachelor In Computer Science kat KPTM KL..

2.Kawan@geng..
Sudah semestinya faktor ni pun aku titik beratkan..haha..bila kawan memujuk,aku pun terpujuk..

3..
malas pulak nak cerita..
esok-esoklah aku cerita..

bermula hari ni,lagi beberapa hari saja lagi aku akan berangkat ke KPTM KL..Kalau dulu daftar KPTM Alor Setar,mak,abah dengan adik yang temankan,tapi untuk KPTM KL ni,nampaknya abah aku saja yang hantar aku naik bas.Alahai,macam sedih pulak.

Hurm..Jauh aku nak pergi ni.First time kot jejak kaki kat KL..Tak percaya?Silalah anda percaya sebab itu memang fakta.

Tak lama dah masa akan berlalu..
Tapi persediaan aku still diperingkat yang...tak memuaskan hati langsung.Segala dokumen..Pakaian semua belum siap..Aku sendiri?Fizikal mental aku belum sedia..Aku macam blurr..haishh..semoga Allah permudahkan segala urusan aku nanti..

Thanks sudi singgah belog buruk ni..doakan lah budak ni dipermudahkan segala urusan..Doa hampa semua kekuatan budak ni..huhu..
oklah..adioss...
readmore »»  

Saturday 18 May 2013

bukit indah,yang selalu indah untuk dikenang~

assalamualaikum..
view dari balcony tempat aku selalu amek angin layang perasan..

tak sangka,masa dah hampir,hampir aku tak sedar..
alhamdulillah..final report dah settle.sekarang ,just tunggu detik nak present kat Madam Shida..

baju,barang-barang dah siap packing..
dan kesayuan nak tinggalkan bukit indah ni dah mula terasa..

berat hati aku nak tinggalkan tempat ni..
tempat ni dah banyak ajar aku..
melalui apa yang aku lihat dan lalui..

seindah nama..bukit indah memang terlalu indah untuk dkenang..
kenapa?
terlalu rahsia untuk aku..haha..tak boleh blah kan..

semoga dipermudahkan segalanya..
aku akan selalu rindukan bukit indah..
akan selalu rindukan kedamaian kat sini..
bukit indah,im leaving..
*buat terok sikit..

aku akan hargai moment-moment terindah kat sini..
to all my kakak-kakak;kak sha,kak kamilah,kak anis and kak ita,thanks for being the great kakak for me..
im really gonna miss u guys badly..
~kak sha,nanti mesti fida rindu nak dengar kak sha cakap "tak baikk,kesiann..sedih.."
hihihi...
simpan baik-baik tau gambar kita yang comel-comel tu..ahakss :p

hadiah untuk diri masing-masing,haha..




and last but not least,my friends,putri and aini..
tamat sudah saat kita bersama selala 3tahun ni..
simpan kenangan kita baik-baik..
lepas ni mungkin jumpa,mungkin tak..

untuk segalanya salah silap aku,keterlanjuran kata-kata aku,aku mintak maaf banyak-banyak wey..
tolong halalkan segala makan minum aku..dan yang paling penting,sila lah rindu aku banyak-banyak..*this want i'm surely u guys will do..hahaha..

okay...saya sudah sedih..
keyboard tiba-tiba jadi keras..huhu..

bukit indah,yang terlalu indah untuk dikenang..huhu


readmore »»  

Saturday 11 May 2013

bila hati tertempuh~

assalamualaikum..


sambil-sambil bersengkang mata siapkan final report ni,aku rasa aku perlu luahkan apa yang tersekat dalam hati aku ni..

Ya Allah.Aku terasa hati.Hati aku tertempuh sampai hilang selera aku malam ni.

Aku duduk termenung.Aku tilik satu persatu buruk baik aku..hurm..

aku tau..aku bukan gadis yang sempurna..bukan yang tak pernah buat salah,bukan yang tak pernah tercemar dengan dosa..

tapi aku tertanya-tanya jugak..

kenapa lah manusia ni cepat sangat menghukum.. hamburkan kata-kata yang terang-terangan menyakitkan hati aku..

teruk sangat kah aku..

mungkin lah..

aku terkilan..tersentap tangkai hati ni..
kenapa perlu malukan aku macam tu..

sumpah,sedih sangat rasa.
satu soalan aku.
teruk sangat ka perilaku aku selama ni di mata dia..

hurm..
tak pa lah..
mungkin Allah nak uji aku dengan semua ni..

#lega sudah luahkan.sekarang selera makin dah mai.lapaq lah pulak..huhu :'(


readmore »»  

Sunday 28 April 2013

sayonara ustm polimas jitra kedah ~

assalamualaikum..

cepat betul masa ni berlalu..
pejam celik pejam celik,esok dah  last praktikal..
alahai..sayu pulak rasa..

lepas ni memamg kena sayonara polimas,sayonara bukit indah..huhu..
walaupun dalam masa yang singkat,tapi kenangan yang dah tercipta tu lebih berharga dari segala-galanya..

kemarin kitaorang buat farewall party in advance kat ustm..
kiranya masuk ofis sampai balik kerja makan je..penat dengan makan..
dan aku sendiri,tiba-tiba jadi orang yang paling berselera makan kemarin.haha..
bukan apa,just nak enjoy moment terakhir makan dengan staff ustm ni..hehe.

secret indulgence : hanya tinggal gambar,telah selamat mendarat ke dalam perut2 kami..hehe
laughing with our big boss,gonna miss this moment so much!
sesi bermanja-manja,ieka suap kek kat kak noor
 
sweet moment,love u all

thanks to our kak noor for this picture :)

hari ini masing-masing sibuk siapkan report..yelah..nampaknya kampung masing-masing sedang melambai sayu suruh balik..hehe..
empat bulan hampir berlalu..
cepat masa berlalu,dah tak tunggu..
sedih sangat nak tinggal kakak2 and abang2 kat USTM ni..you guys memang superb,baik hati and sporting..yang paling best,selalu belanja makan and minum..kikiki..
yang penting,segala ilmu yang kami dapat sepanjang berada kat sini,akan kami hargai sampai bila-bila,inshaa Allah..

to our penyelia,boss,thanks sebab membantu and mempermudahkan projek LI kami kat sini..thanks jugak sudi menerima budak-budak nakal ni kat ustm..nakal sikit je,tak banyak pun..hehe..

semoga segala urusan untuk siapkan final report dan presentation kat Puan Sheeda Jay nanti dipermudahkan Allah SWT Taala..Amin..

readmore »»  

Wednesday 17 April 2013

gwiyomi oh gwiyomi!

assalamualaikum..

nampaknya demam gwiyomi tu dah merebak ke serata dunia..
sebelum aku pelik jugak,gwiyomi tu nate apa..haha..
lepas dah bukak youtube,baru la aku tahu..ketinggalan zaman betul aku ni..

comel,santai,manja..*sedikit gedik..hehe.

aku sebenarnya sampai sekarang tak dapat tengok lagi video clip asal lagu ni..yang banyaknya video orang lain yang tiru balik gaya comel tu..

tapi yang feveret aku gwiyomi kat bawah ni..alahai..comel je sis ni..
*dengar kata dia dah bersuami and video ni sebenarnya ditujukan khas buat husband dia..sweet kan??





tapi gwiyomi version lelaki thailand yang handsome ni mampu buat girls tak tido malam ooo..*melting sekejap..haha..


and gwiyomi yang paling diiktiraf comel,adalah gwiyomi version kat bawah ni..tak mau kata apa..hampa tengok sendiri lah..kikikiki..
gwiyomi oh gwiyomi...
readmore »»  

Monday 15 April 2013

Tanda-Tanda Lelaki Setia

assalamualaikum..
awww..pink nya love dia..haha

memandang aku tengah bosan,so,aku rasa tak rugi kalau aku update entri..hehehe..

pada yang ada "boyafren" tu,mesti excited nak tahu tanda-tanda lelaki setia..setia ker??*tangan di dada mata ke atas ^__^


okay.lets begin..
gambar sekadar hiasan,tak ada kena mengena dengan  movie TSUNAMI RINDU

Tanda-Tanda Lelaki Setia


  1. Dia akan bersungguh-sungguh untuk buat apa saja untuk gilafren dia..Maksud saya girlfriend dia.
  2. Dia akan selalu hiburkan hati girlfriend dia,buat lawak tak kisah la lawak pandai atau lawak kurang pandai.
  3. Dia tak akan puji perempuan lain di depan girlfriend dia.
  4. Dia akan selalu pujuk kalau girlfriend dia merajuk.
  5. Dia tak akan layan perempuan lain kalau tak ada urusan yang penting.
  6. Dia akan jadi cemburu dan sensitif kalau girlfriend dia dekat dengan lelaki lain tak kisah la walaupun sekadar kawan .
  7. Dia tak senang duduk kalau berjauhan dengan girlfriend dia.
  8. Dia akan selalu tanya,"Dear,u lap me or not??"haha..
  9. Dia lebih pentingkan girlfriend dia dari diri sendiri.
  10. Dia akan percaya kat girlfriend dia 110%.-no secret between them.Termasuklah no pin atm..etc..semua dia bagi tau kat gf dia .hehe
  11. Dia akan selalu bertanya sama ada girlfriend dia ada di tempat yang selamat atau tidak.
  12. Dia akan jadi orang yang paling risau kalau girlfriend dia jatuh sakit.Caring u olls..ubat demam,air cap badak,hundred plus dia hantar depan pintu rumah..haa..
  13. Dia sentiasa takut kehilangan girlfriend dia.Kalau ada yang cuba rampas gf,lobam bijik mata..haha
  14. Kalau dia merajuk,dia akan tunggu girlfriend dia pujuk..Tapi dia tak kisah kalau dia simpan merajuk dia tu sebab nak jaga hati girlfriend dia.
  15. Dia selalu abaikan EGO dia untuk orang yang dia sayang.*Akan cepat minta maaf,walaupun salah girlfriend dia.
  16. no 16?
  17. no 17?
  18. habis dah.
  19. betul.dah habis la..
  20. ok2..last,dia akan jadi pemurah dengan girlfriend dia.tak kedekot u olls..nak apa,bagi tau je.nak kereta,nak rumah,nak handbag,nak baju.semua dia beli..
*no 20 tu hanya untuk lelaki yang bergelar anak datok,anak tokwan dan sebagainya..hahaha..joking,jangan marah u olls... ;)


-ni sekadar tanda-tanda je.Kadang-kadang lelaki yang tak ada ciri-ciri kat atas ni lebih setia tau..*kadang-kadang..hee :)

oklah..thanks for reading ~

readmore »»  

sebab kita pun buat silap~

assalamualaikum..

Dalam hidup ni kadang-kadang kita tak akan sangka kita akan lalui keadaan yang tak pernah pun terlintas di dalam fikiran kita.

hurm..sangat lah mengharukan lepas aku dapat tahu perkara tu.Tak terjangkau dek fikiran pun ada..
haishhh..berombak dada kot.

semua orang buat silap.
ya.perlu diakui.aku jugak pernah buat silap.
dan selalu buat.
siapa yang sempurna kan?

tapi..
sekali dah buat silap,ianya akan kekal sebagai KESILAPAN.

benda dah jadi.
dah tak boleh nak U-TURN.

yang tinggal just "menyesal"..

aku sendiri dah buka mata,melalui kesilapan orang lain..
lepas ni,kalau nak buat sesuatu,biar fikir panjang-panjang.Kalau ikut hati,mati!

dan apa yang aku belajar dari semua ni,kita jangan terlalu yakin yang kita tak akan buat salah.
Allah lebih mengetahui.
jangan cakap besar,jangan pandang orang yang buat silap tu akan terus buat silap..
kita bukan Tuhan.

bagi aku,sebagai manusia yang tak sempurna,kita bukanlah siapa-siapa untuk menghukum.
cukuplah sebagai iktibar untuk kita..tegur mana yang salah,nasihat apa yang perlu..
tak mustahil,kita jugak akan terjelepok dalam kesilapan yang sama.

#jangan cepat menghukum.

nota hati : semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk dirinya.amin..










readmore »»  

Sunday 7 April 2013

Langit Tak Selalunya Cerah

Assalamualaikum..

Pagi ni tak bermaya sungguh rasa.
makan pun tak selera.
semua rasa bercampur.Aku tak suka perasaan tu.
Perasaan bila kita tahu seseorang tu sedang marah kat kita.Tak mahu layan,tak nak tegur,apatah lagi nak bercakap.

Masalah ni timbul dari kelalaian dan kesilapan kami sendiri.
bila dapat arahan,tak ikut arahan.
ya,memang kami salah.
kami dah sedar.
kami dah minta maaf.

memang betul orang cakap,langit tak selalunya cerah.
selama ni okay je.but all of sudden benda jadi macam ni.
aduhai..jadi time genting cam ni pulak.dugaan betul..

Keadaan dari semalam tak banyak berubah.
sama saja.Memang terserlah betapa dia marah sangat kat kami.
Dah tunduk minta maaf,dah cuba ambil hati.tapi,kesalahn kami seolah-olah terlalu besar untuk dimaafkan.Besar sangat ke?Atau ada benda lain yang mendorong dia bertindak macam ni.

Mungkin ni satu pengajaran jugak untuk kami.
jangan lalai.Bila orang bagi arahan,ikut.Jangan abaikan.

sekarang ni,
TAWAKAL.
Tawakal ja apa yang bakal jadi.
Doa saja,semuanya berjalan dengan lancar kejab nanti.
Aminn..
readmore »»  

Saturday 6 April 2013

Sweet Moment of Bukit Merah Lake Town Resort

Assalamualaikum..

penat semalam still terasa lagi..
huhhh..penat seharian berjalan-jalan..
apa-apa pun berbaloi rasa penat ni,for my friends,you guys really cheer up my day..


haha..menggila dalam air..usung pelampung besar ke sana sini...menyelam,berenang macam-macam gaya ada..haha..

yang paling tak tahan tu lepas turun gelongsor air tu,boleh pulak nak lemas..mana taknya,pelampung ke mana,aku kemana..nasib baik la tak lemas..tapi jatuh dari pelampung lepas turun gelongsor air tu la funny moment yang buat kami gelak kaw-kaw punya..haha..

tapi feveret aku kalau pegi water park ni,aku suka menyelam..tambah-tambah kat kawasan ombak tu..syok oo..tapi selam tak sampai pun 15 saat..haha..konon jer..

dah puas mandi-manda kami pun siap-siap bersihkan diri.yelah..nak melawat eco park pulak..

nama apa entah nate ni..comey..hehe

si merak dengan ayam jalan-jalan

gaya apakah ini??er..

masuk eco park tu dengan keadaan perut kosong,penat..huhu..dah pancit..nak jalan masuk pun boleh tahan la jauhnya..so masuk kejap je eco park,pastu kuar balik..
heee

senyum...

senyum lagi..

ada la tangkap gambar sikit-sikit..ermm..tak sikit jugak la...banyak jugak la sampai dah tak tahu nak senyum macam mana..hahaha..

apa-apa pun,untuk tahun ni,Bukit Merah Lake Town Resort ni akan jadi sweet moment untuk kami semua..haishh,cepat benar masa berlalu..praktikal pun dah nak habis.lepas ni masing-masing dah bawak haluan sendiri..sedih pulak rasa..macam-macam kenangan dah tercipta antara kami..

apa-apa pun,terima kasih aini,putri,ieka,sha,and kak anis for the great day with you guys..




readmore »»  

Thursday 4 April 2013

okay,header belog aku buruk...

assalamualaikum..

buat si stalker2 belog buruk ni,anda juga sedang di stalk oleh saya..watched out!
hahaha..

entah pa-apa intro nya .

bila aku bukak belog aku sendiri,scroll dari atas ke bawah,bawah ke atas,mata aku ni terpandang sesuatu yang agak buruk..
actually tak lah buruk sangat..erm..kurang santekk di situ..

haishh..
bila aku blogwalking ke belog-belog blogger lain,jeles pulak aku tengok header mereka-mereka yang lawa-lawa tu..
untung lah reti guna photoshop..huhu
*okay,ayat jeles.

aku pun teringin jugak nak tukar header belog ni.
macam daif sangat la pulak..hahaha..
tapi...
aku bukan reti nak edit bagai..
sumpah jiwa ni tak ada seni tu..
teringin jugak nak header yang ada gambar sendiri..tempek sikit gambar aku ni kat header,design lawa-lawa,letak pelangi sikit..cheeewahhh..

kan bagus kalau ada insan yang berbaik hati nak tolong aku buat header.
bahagianya diri terasa...*sambil buat tangan ala-ala nak terbang..cehh..propa ja lebih.

okay lah geng..cek nak berlepas ke paris dah ni..
goodnite olls..

nota poyo : sebelum tido,sila gosok gigi,cuci muka,cuci kaki,ambik wudhuk,then baca doa tido okay?*okay,memang nasihat yang poyo lebih..*sengih nampak gigi besaq ^____^


readmore »»  

Wednesday 3 April 2013

Aku makin dijangkiti wabak malas!

assalamualaikum..

hari ni adalah hari yang paling rajin untuk aku untuk minggu ni lah..
masuk office,terus buat report..cehh..bajet rajin..sebenarnya tak lah rajin,malas sebenarnya,tapi....
memandangkan report-report aku sedang bertimbunan bergunungan,aku pun terpaksalah merajinkan diri untuk start buat report tu tadi..alhamdulillah..report untuk 4 hari,dah siap..ada lagi lebih kurang 9 hari..huhu..

aduhai,sumpah rasa malas gila-gila..
dah tak tahu nak merapu apa dah dalam report tu...
bukan boleh buat simple-simple,kena details..ha..ini yang lemah..nak kena olah ayat sendiri..blurr sebentar.

aku sendiri tak tahu kenapa lah aku ni malas sangat sejak dua menjak ni..
nak buat report malas,nak karang cerpen malas..
ha..ini lah punca sebenar report aku bergunungan..hahaha..

ishh..parah2..

makin dibiar,makin kritikal ni..
9 report lagi sedang bertimbunan..
malas!malas!
balik rumah nanti lah buat..
kononn jer..






readmore »»  

Tuesday 2 April 2013

Lelaki Ego,Perempuan Emo?

assalamualaikum..

bagi menghidupkan belog aku yang pra-matang ni,aku memang suka perah-perah otak,search-search Pak Cik Google untuk kenalpasti kaitan lelaki dengan ego dan perempuan dengan emo...Bajet macam tak busy,padahal report latihan industri dah 2 minggu aku tak buat..hahaha..

Ok,back to the topic.

EGO.

Sebenarnya setiap manusia ada sifat ego ni.Cuma,antara nampak dengan tak saja.
ego ni selalu orang kaitkan dengan lelaki.

tapi kenapa?

mungkin sebab lelaki memang dilahirkan dengan satu fitrah di mana diorang memang kena ada sifat ego.ye lah.bakal2 pemimpin lah katakan.MUNGKIN..entah la,tak pasti.

ego ni pun ada yang berguna,ada yang tak berguna.ego yang berguna,memang patut simpan  la untuk pertahankan maruah sendiri,keluarga dan etc2..
tapi yang masalahnya,ego yang tak berguna ni..
ego yang akan buat seseorang tu jadi besar kepala,tak nak mengaku salah,tak boleh terima teguran,sombong dan yang paling ketara,tak akan langsung MINTA MAAF walaupun kesalahan tu datang dari diri sendiri..ha..ego ni,bukan takat lelaki je ada,perempuan pun ada..hehe..

Okay.
habis cerita pasal ego.


EMO.

Emotional.Tak payah cakap la,confirm-confirm la menang ke perempuan..
makhluk ciptaan Allah yang berjiwa lembut,mudah terguris,mudah merajuk dan paling cepat melatah kalau ditimpa sesuatu.Tapi tak semua perempuan macam tu semua okay?ada yang jiwanya lebih tough dari lelaki.

Emo ni jadi bila kita tak dapat kawal perasaan sedih,marah kita bila berdepan dengan sesuatu.
Dan bila tak dapat kawal perasaan,mulalah nak menitis air mata,nak mengamuk tak tentu pasal,nak marah-marah..memang kronik kalau tak kawal.tapi nak buat macam mana,dah nama pun fitrah sebagai seorang perempuan..Tapi tak juga bermakna lelaki ni macho sangat sampai tak boleh kaitkan diorang dengan emo ni ye?Ada yang emo mengalahkan perempuan kot.

so,hakikatnya,memang ego dan emo ni memang berkait rapat dengan lelaki dan perempuan.Cuma  dua-dua sifat tu terserlah lebih kepada kaum adam atau kaum hawa.Ada lebih disana,kurang disini.Macam tu la lebih kurang.Yang penting,kita kena bijak tangani sifat ego and emo tu.Jangan sampai buat orang lain meluat + menyampah..buruk padahnya nanti.

-ini sekadar pendapat peribadi.sekadar berkongsi ..hehe..thanks for reading..

readmore »»  

Tuesday 26 March 2013

UNIKL aku datang..

assalamualaikum..
macam dah lama ja aku tak update entri kat sini..
berhabuk bersaranghae sudah belog buruk aku ni..hehe..

UNIKL aku datang?
alhamdulillah.
Permohonan aku untuk masuk UNIKL dah diluluskan..
memandangkan aku memang tak apply langsung UPU,so UNIKL ni lah the only one yang jadi harapan aku..
mak dah bagi kebenaran,rasanya abah lagi tak ada masalah.
rasanya aku dah buat keputusan muktamad.
nak sambung degree kat UNIKL..

kalau dulu aku still main tarik tali nak sambung ke tak,tapi hari ni,aku rasa keputusan ni datang dari aku sendiri,tak ada sebarang paksaan dan muktamad,in shaa Allah..

cuma..hurm..jauh..
masa duk kat kedah ni pun asyik teringat kampung je,inikan pulak nak duk jauh nun di KL..mesti teringat family,kawan-kawan,dan Mr.Ehem2..
nak tak nak,aku kena terima la..huhu..
ni la peluang nak rasa macam berjauhan dengan insan-insan tersayang..

sekarang ni just tunggu nak hantar confirmation kat UNIKL..
kalau semua dah confirm,awal September ni register..
siap pitih la..huwaaaa...
memang sekarang ni dah kena fikir untuk kerja lepas habis praktikal ni..
harap-harap semuanya dipermudahkan Allah SWT..Amin...




readmore »»  

Sunday 17 March 2013

batuk?kritikal kah aku?


assalamualaikum..

tajuk kat atas ni memang kritikal..huhu..

actually dah dekat dua minggu aku batuk-batuk ni.and the best part is,aku tak pernah makan ubat batuk sepanjang aku batuk ni.jumpa doktor?memang tak la..
bukan takut jumpa doktor,bukan susah makan ubat cuma aku malas..haha..actually takut la jugak nak pegi jumpa doktor ni.

dah lama pun aku tak pegi klinik.kalau demam,telan panadol acti-fast tu je.
so,agak keberatan la nak pegi klinik tu.cam seram je..hehe...

mula-mula batuk sikit-sikit je.Aku pun buat tak tahu je lah..Macam biasa..Sampai la pagi tadi.Aku batuk keluar kahak warna pelangi.Opss..Warna hijau ..
Risau terus aku.Kawan-kawan dah start pot pet pot pet suruh jumpa doktor and makan ubat.Aku senyum je lah..hehehe..nak buat macam mana,aku bukanlah penggemar ubat-ubatan yang pahit-tak-sedap tu...

tadi aku ada la buat research pasal jenis-jenis batuk ni.Batuk aku ni dah termasuk dalam kategori perlu jumpa doktor..huh..ok..kena jumpa doktor...T E R P A K S A...
Takut jugak aku,takut lain pulak penyakit yang datang sebab batuk ni.Lagipun kesian pulak kat housemate and officemate aku yang sakit telinga asyik dengar aku batuk je..
harap-harap aku sembuh cepat-cepat dari batuk ni..
doakan ye korang?
thanks..
okay,takat ni dulu..
thanks for reading this entri :)
readmore »»  

Tuesday 12 March 2013

Masih Belum Cukup Dan Tak Akan Pernah Cukup Untuk Aku

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni aku selalu saja renung kalimah kat bawah ni.


"Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Mati"

Aku renung sayu.
Ini adalah satu kepastian dan ketetapan.

bermakna aku juga akan merasai detik kematian.bila?
jawapan tu hanya milik Allah yang Maha Mengetahui.

Aku tilik diri aku dari atas ke bawah.
aku ingat balik amalan-amalan aku.
cukup atau tak?
hurm..memang tak cukup sangat-sangat.
yang ni saja ke yang nak aku bawa sebagai bekalan di sana nanti.

Allah.
Dengar kalimah suci ini aku sebak.
Allah selalu ada dengan aku.
Selalu.
Tak pernah tinggal aku.
Tapi aku sendiri?
Apa jasa aku ? Banyakkah amalan aku ? Cukup kah ibadahku ?

sekali lagi aku yang hina mengakui.
memang tak cukup.memang terlalu ringan untuk ditimbang.
dosa?
Allah juga Maha Mengetahui segala-galanya.
Rendah benar diri terasa saat mengadu sedih di hadapannya.
Allah kurniakan dalam diam.
Allah kurniakan aku ketenangan.
Puas airmata tercurah.
Menangis,insaf..

Dan bila teralpa lagi..aku ulangi kembali khilafku..
dan saat tersedar,aku menangis,insaf lagi..
aku marah diri aku.
Sampai bila semua ni ?
kenapa aku ibarat lalang..
kenapa tak teguh keinsafan aku.
kenapa insaf aku bersifat sementara.

Ya Allah..
Ampunkan hambaMu yang rendah ini.
yang selalu tergelincir dari landasan sebenar..
belum cukup apa yang telah aku kerjakan berbanding apa yang telah kau kurniakan padaku.

-Ampun Ya Allah--

readmore »»  

Saturday 16 February 2013

dilemma lagi!

assalamualaikum..

selamat pagi..terima kasih sebab masih merajinkan jari jemari anda untuk click entri di belog buruk aku ni..hehe..

dihimpit dilemma lagi..
aduhai..ni lah akibatnya lepas di "brain" wash semalam..
disebabkan kerajinan diri dan kawan-kawan,pegi menyibuk kat karnival pengajian tinggi semalam..

hurm..
kalau sebelum ni aku dengan yakinnya buat keputusan untuk tak sambung degree and terus cari kerja,tapi hari ni,aku tiba-tiba dihimpit dilemma balik..kerja atau sambung degree..
bila lah episode dilemma ni nak abes..kalau buat drama kisah dilemma ni kompem rating paling rendah..haha :p

UNIKL
Hati aku berat kat UNIKL ni..mula-mula memang rasa tak berminat sebab 4 tahun tempoh belajar.
tapi,orang UNIKL tu cakap boleh transfer credit.so lebih kurang 3 tahun je la.
lepas tu dia brain wash aku lagi,
awak tu muda lagi.lebih baik sambung terus.nanti bila dah kerja,dah syok pegang duit,mesti dah malas nak sambung.nanti kalau dah kerja,nak gaji degree kan?

adui..macam mana ni..memang betul apa yang encik tu cakap.
apply je la dulu.nanti kalau dapat tawaran,buat keputusan.hehe..bole kot macam tu..hehe..
tak pun susah-susah sangat kawen je teros..haha..ok,joking.calon pun belum ada..ada hati nak kawen..poyo je..hehe..




readmore »»  

Friday 15 February 2013

bila blogger jadi maid - ZATI MOHD

assalamualaikum..

selamat tengahari sahabat-sahabat blogger yang comel.

alhamdulillah.kenyang sudah perot ni dengan nasik dengan sup daging..

okay2..sebelum aku melalut bagi resipi sup daging tu lebih baik aku straight dengan novel yang aku baru beli semalam..opss..beli guna baucar..hehe

~ BILA BLOGGER JADI MAID

Abaikan background oren tu..hehe :p

memang novel ni tersenarai dalam best seller kat popular tu..tengok cover depan dah buat hati aku terpikat..and the moment aku baca tajuk and sinopsis dia,ishh..tak boleh jadi ni..kena baca..and haruslah kena beli..

so far,aku dah baca muka surat kedua..silap,aku baru baca muka surat kedua..haha..tak sempat nak mentelaah lagi..biasalah,banyak kerja perlu disiapkan..ceh..macam sibuk sangat aku ni..ini semua poyoooo bab kata johan..hehe

for my first view,aku rasa novel ni memang best untuk dilayan.kalau tak masakan tersenarai dalam top seller kan..

okay,sekarang ni pun free..so,time untuk khatam novel ni..heee.. :)



readmore »»  

Wednesday 13 February 2013

salad buah-buahan boss yang superb !


assalamualaikum..

bila aku tengok balik pic atas ni,tiba-tiba kecur air liur.huhu..
sedap!
salad buah-buahan yang buat pertama kalinya aku rasa.Sebelum ni pernah dengar je.

macam biasa la,sejak kitorang praktikal kat office ni,asyik dijamu dengan makanan je.ada saja makanan yang dipersembahkan atas meja untuk santapan staff..hehe

haa...salah satunya salad buah-buahan ni.Boss yang buat.
aku ni macam biasa la,benda pelik sikit aku susah sikit nak makan.
"fida,hang tak mau ka salad ni?"
aku pun dengan eksennnya jawab
"takpala.hampa makan ja la.aku tak makan salad."
actually masa tu aku terbayang salad yang hijau tu dengan mayonis.memang aku tak makan la..haha..maklumlah,aku ni bukan penggemar sayur hijo tu..
dan...jeng3..bila member aku tayang salad buah depan aku,tiba-tiba rasa nak try.


bila try,perghhhhhhhhh...sedapnya...senyum sampai telinga sat.hehe..
dan itulah detik pertama kali aku mengenal salad buah-buahan yang sodapp..
thanks my big boss..

kalau korang nak try buat sendiri,sila tengok sendiri resepinya kat sini..kalau nak lagi sedap korang leh tambah yogurt bliss ni..


selamat mencuba :)
readmore »»  

ini saja yang mampu buat mak abah :)



assalamualaikum..

terpampang baik punya 3 benda alah ala-ala batu nisan tak bertuan ni..haha..
alhamdulillah.semua ni kurniaan dari Allah.Dan yang paling penting semua ni buat mak abah aku yang tersayang..ini yang termampu untuk aku hadiahkan buat masa sekarang.

diam tak diam,aku dah semester enam pun.Dari keluar masuk kelas,dan sekarang sedang menjalani latihan industri di POLIMAS,Jitra Kedah.

InsyaAllah,kalau semuanya okay,aku akan grad tahun ni.
semester 1,dekan.buat pertama kalinya aku dapat anugerah ni.Seronok bukan kepalang.Semester 2,alhamdulillah,dekan lagi..
dan...kedebukkkkkk...semester ke 3,result aku jatuh merudum dum dum..dekan ke mana apa kemana.memang masa tu frust menonggeng aku.semester 4 aku kejar balik pointer.even tak dapat dekan,tapi pointer naik balik.


Semester 5,paling bermakna buat aku.Allah izinkan aku sekali lagi untuk terima anugerah dekan ni.terasa berbaloi air mata aku,penat lelah aku masa semester 5.

super duper terima kasih buat semua lecturer,kawan-kawan yang tak kedekut ilmu dan masa untuk bantu aku dalam study.dan yang paling penting,mak dan abah.pembakar semangat nombor 1 aku...

readmore »»  

Tuesday 12 February 2013

Cerpen : Sampai Menutup Mata


Sampai Menutup Mata

Aku menjeling tajam lelaki yang dari tadi asyik memandang aku.Gila agaknya.Macam tak pernah tengok perempuan.Muka tu boleh tahan hensemnya.Tapi sayang,kurang betul.Rimas betul aku dibuatnya.
“Hai cik adik comel.Tajamnya jelingan tu.Garang betul ye?”.
Aku yang berniat nak ambil angin di taman akhirnya bertukar menjadi naik angin.
“Apa adik-adik?Ingat saya ni adik awak ke?Suka hati la saya nak jeling ke nak juling ke.Mata saya kan?Awak sakit kat mana?”.
Balasku dengan suara yang sengaja aku tekankan sambil membuat mata juling.Kononnya garanglah aku ni.Tapi sayang,kata-kataku bagai tak memberi  kesan pada lelaki tinggi lampai itu.Malahan semakin berani pulak dia datang dekat dengan aku.
“Janganla garang-garang sangat.Saya tak sakit kat mana-mana pun kalau awak jeling macam tu kat saya.Tapi sakit kat sini.Sakit sangat-sangat.Sebab jelingan awak tu tajam sangat,kalah pisau tau!”
Aku terkedu seketika bila lelaki itu meletakkan tangannya di dada.Kononnya dia sakit kat hati la bila tengok aku jeling macam tu.Argh.Kisah pulak aku kan.Akhirnya aku cepat-cepat beredar dari taman itu.Silap-silap aku pun sakit jiwa nanti layan mamat ni.
Bila mengenangkan detik-detik pertemuan kami,aku tergelak sendiri.Memang aku tak bagi chance  langsung untuk dia mengorat aku.Aku ni pun satu,garang macam singa betina je.Entah macam mana dalam jual mahal akhirnya kami jadi rapat.Macam mana lah aku boleh tak perasan Haidar ni senior aku kat kolej.Selamba je aku buat perangai tak semenggah aku kat dia masa tu.
Hari demi hari kami semakin rapat.Biarpun hubungan ini hanya atas dasar kawan semata-mata,tapi aku rasa begitu selesa dengan Haidar.Aku tahu,Haidar juga merasai perkara yang sama.Tapi masing-masing sekadar berbasa-basi malu untuk mengucapkan sayang.
“Awak,saya nak tanya something kat awak ni.Awak kena janji,awak akan jawab dengan jujur ye?”
Aduhai Haidar ni.Macam serius je soalan yang dia nak tanya ni.Ish.Mata dia tu kalau tak tenung mata aku lama-lama memang tak sah la.Jenuh aku nak tepis panahan asmara si Haidar ni.
“Awak..Awak berangan sampai ke mana dah tu?Ni mesti berangan nak kahwin dengan saya kan?Tak malunya budak comel tu…Berangan nak kahwin..”
Haidar melambai-lambai tangannya untuk menyedarkan aku.Memang dia sengaja nak sakat aku.
“Amboi,perasan je awak ni.Bila pulak saya berangan nak kahwin dengan awak?”
Aku membuat mimik muka mengejek.
“Erm…Habis tu awak memang tak kahwin dengan saya la?Ala…Sedih la macam ni.Rasa nak bawa diri pergi Gunung Everest je.Sampai hati awak”.
“Sudah-sudah.Jangan nak mengada sangat ye Encik Akid Haidar.Awak nak tanya apa tadi?Macam serius je?”
Akid Haidar tersenyum simpul.Aku turut membalas senyumannya tapi disertai dengan riak wajah seribu satu persoalan.
“Awak sayang saya tak?”
Gulp..Aku menelan air liur.
“Awak ni..Jangan la tanya saya macam tu.Saya tak tahu nak jawab”.
“Sayang atau tak?Itu je jawapan yang saya nak dengar”.
Haidar semakin rancak membuli aku kala ini.
“Okay lah.Sayang”.Akhirnya aku mengaku kalah.Aduhai,rasa macam muka tembok tujuh belas lapis dah aku ni.
“Sayang siapa?”
“Sayang awak la”.Aku sudah jadi tak keruan bila dia asyik tenung aku.
“Sayang saya sebagai….?”
Ya Allah,perlukah aku jawab soalan dia.Aku sekadar mengangkat bahu kononnya nak elakkan diri dari menjawab soalan cepu mas dari Haidar.Haidar menghela nafasnya perlahan tanda kecewa.
“Kenapa tak tahu?”
Aku sekadar berpeluk tubuh.Mana mungkin aku luahkan padanya yang aku sayang dia lebih dari seorang kawan.Malu kot.Entah-entah aku yang syok sendiri.Biarlah aku diam je.Lagipun Haidar ni macam la aku tak kenal perangai dia.Suka sangat nak menyakat aku.
                                                      “Tak nak jawab yer?Ok..Takpe.”
Aku tahu Haidar mula menarik muka masamnya yang mengalahkan mempelam tak masak.
“Tak adil kan kalau awak je tanya saya.Sekarang,biar saya pulak tanya awak.Awak sayang saya tak?”
Kali ini giliran aku pula menyoal Haidar.Aku mula lihat air mukanya tiba-tiba berubah.Tadi confident sangat soal aku.Sekarang tahu pun nak malu.
“Erm.Perlu ke saya jawab soalan tu?”Balas Haidar cuba berdalih.Memang nak kena mamat ni.Nak berdalih pulak.
“Ye,perlu sangat-sangat.Sayang atau tak.Itu je jawapan yang saya nak dengar.”
“Aik?Balas dendam ke pa ni?Oklah..Saya mengaku saya sayang awak.”
Akhirnya aku berjaya menekan Haidar dengan soalanku.Serentak itu kami berdua membalas senyuman.Senyuman yang tersirat seribu satu makna.Moga-moga hubungan ini berkekalan biarpun masih belum ada tanda rasmi hubungan kami doaku dalam hati.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di saat ini airmataku mengalir laju.Titisan demi titisan menyembah bumi.Dan aku langsung tak hiraukan airmataku itu.Makin lama sedu sedan aku jelas kedengaran memecah kesunyian kamarku sedari tadi.Wajah Haidar asyik bermain di fikiranku ketika ini.Aku terlalu cintakan Haidar.Sedalam mana cintaku terhadapnya,hanya Allah SWT yang tahu.Tapi,aku perlu lepaskan Haidar dan undur diri untuk memberikan peluang kepada Haidar dan bekas teman wanitanya untuk kembali bersama.Sesungguhnya berat hatiku untuk melepaskan Haidar dari hidupku.Tapi jika kebahagiaan Haidar lebih terjamin bersama Alisa,aku redha.Biarlah hatiku terluka,tapi Haidar bahagia.Mungkin Allah SWT telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untukku.
“Sayang,hanya Allah saja yang tahu betapa saya tersepit dalam membuat pilihan sekarang ini.Saya tahu saya dah buat airmata awak mengalir untuk kesekian kalinya.Tapi apakan daya,saya benar-benar tak mampu untuk buat keputusan saat ini.Saya sayang awak Kamilia.Sayang saya pada awak bukan main-main.Sikit pun tak terlintas dalam hati saya untuk permainkan cinta awak.Saya harap awak dapat beri saya masa untuk buat keputusan.Apa yang perlu awak tahu,saya terlalu sayangkan awak Kamilia.”
Aku menggengam kemas surat yang aku terima dari Haidar pagi tadi.Perlahan-lahan aku menyeka airmataku.Ya Allah,sesungguhnya aku hambaMu yang lemah dan tak berdaya.Jika inilah jalan takdirku Ya Allah,kau kuatkanlah hatiku ini.Aku rela undur diri andai itu yang terbaik.
Pagi itu seperti biasa,aku meluncur laju motosikal cabok milikku ke kolej.Dua pusingan aku meronda di sekitar kawasan parkir akhirnya ada rezeki untuk “parking” motosikalku.Alhamdulillah.Ada juga hamba Allah yang nak angkat kaki.Kalau tak bertawaf la aku keliling kolej ni.
Aku menyusun langkah selaju yang mungkin.Aku perlu berjumpa Haidar segera.Dari jauh Haidar sudah melemparkan senyumannya padaku.Aku sekadar tersenyum tipis.Aku mengawal riak wajah tenangku sebolehnya.
“Sorry awak.Mesti dah lama awak tunggu saya kan?”
Aku melabuhkan punggung di kerusi café yang agak lengang pagi itu.
“It’s okay.Baru 10 minit saya kat sini.”
Aku merenung sayu wajah Haidar.Haidar juga begitu.Bila mata kami saling berbalas pandangan,akhirnya aku tersedar dari lamunan.
“Kamilia,awak nak cakap sesuatu kan?Cakaplah.”
Tegur Haidar lembut.Matanya masih tak berganjak dari menatap aku.
“Erm.Berkaitan hubungan kita.Awak,saya rasa biarlah saya yang undur diri.Awak jangan risau pasal saya.Saya rasa Alisa lebih layak untuk awak pilih.” ujarku perlahan.
Haidar terkedu.Airmukanya jelas berubah sama sekali.Aku tak berani untuk membalas pandangan Haidar.Aku sekadar menundukkan muka.
“Awak.Saya masih belum buat keputusan.Awak,saya sendiri tak tahu apa yang perlu saya buat sekarang ni.Tolonglah bagi say sikit lagi masa.”
Balas Haidar dengan nada suaranya yang mula mengendur.Ada riak risau di wajahnya.Sempat lagi aku memerhati sekeliling.Bimbang ada yang perasan  kehadiran kami disini.Lebih-lebih lagi Alisa.
“Kita belum declare apa-apa lagi kan Haidar?Jadi saya rasa tak ada masalah untuk awak buat keputusan sekarang ni.Lagipun saya sebenarnya bukan sayang awak.Maaflah,selama kita berkawan ni,saya just pretend sayang awak sebab saya nak jugak rasa macam mana orang bercinta ni.Perasaan saya pada awak sebenarnya…erm… Zero.”
Aku menghabiskan ayatku dengan tangan yang terketar-ketar.Sepantas kilat aku sembunyikan tanganku di bawah meja.Dalam hati aku mengutuk diriku yang tegar mengucapkan kata-kata itu pada lelaki yang teramatlah aku cintai itu.
Haidar membulatkan matanya.Reaksi standard kalau orang terkejut.
“What?Awak sengaja reka cerita kan Kamilia?Awak sengaja tipu saya yang awak tak sayangkan saya.Mungkin awak boleh tipu saya,tapi mata awak sah menunjukkan awak sedang bercakap bohong Kamilia!”
Aku tergamam.Suara Haidar yang serak-serak basah itu kedengaran agak tinggi nadanya.Aku menarik nafas sedalam yang mungkin.Serentak itu aku melepaskan nafasku perlahan.Mujur suara Haidar itu tenggelam dalam keriuhan café itu yang sudah mula dipenuhi pelajar lain.
Look Haidar.Cubalah terima hakikat.Sebenarnya saya dah lama nak terus-terang dengan awak.Selama ni saya kata sayang awak,tapi sebenarnya saya tak de perasaan apa-apa pun kat awak.Dah la.Saya cuma bercakap perkara yang betul.Dan sekarang awak dah tak perlu nak pening-pening fikirkan saya atau Alisa yang patut awak pilih.Of course la Alisa yang awak pilih kan?Kalau awak pilih saya pun,saya nak beritahu siap-siap la ye,saya tak ingin pun kat awak.Okaylah.Selamat berbahagia!”
Entah dari mana datangnya perangai kejam mengalahkan firaun itu dalam diriku.Dengan hipokritnya aku membuat riak muka bersahaja seperti orang yang tiada perasaan.
Wait Kamilia!”
Belum sempat aku mengangkat punggungku Haidar segera menahanku.
“Awak nak apa lagi ni?Oh ya,hampir terlupa.Ni ha surat awak.Ambil la balik surat ni.Tapi maaflah.Dah renyuk teruk ni.Zaman dah canggih,tapi surat jugak yang awak nak hantar kat saya.Lawakla awak ni”.Sempat lagi aku menambahkan bahang amarah Haidar.Jelas terpancar airmuka Haidar yang sudah mula merona kemerahan menahan marah dan malu pastinya.
“Okay!Terima kasih banyak-banyak Kamilia .Saya bodoh sebab percayakan awak selama ni.Dengar sini baik-baik,what goes around comes around Cik Kamilia Aryna!”
Jantungku berdegup kencang.Saat ini sikit pun aku tak mampu untuk menatap garisan kebencian terhadapku di wajah Haidar.Aku menghadiahkan senyuman sinis yang sengaja aku reka sebelum meninggalkan café itu.
Selangkah,dua langkah dan seterusnya airmataku merembes keluar dari tubir mata. Aku cuba mengumpul kekuatan dalam diriku.Sekuat hatiku saat berhadapan dengan Haidar tadi.Tapi entah mengapa aku gagal.Aku menangis semahu-mahunya di dalam tandas kolej.
Aku membuka langkah keluar dari tandas.Tanpa berfikir panjang aku terus meninggalkan kawasan kolej.Kuliah?Memang “burn” lah jawabnya.Aku tak punya hati untuk mengikuti apa-apa kelas pada hari ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ya Allah,sesungguhnya hambaMu ini telah bertindak kejam dengan melukakan hati insan yang teramatlah aku cintai.Ampuni aku Ya Allah.Tiada apa-apa niat dalam hatiku selain untuk melihat kebahagiaan Haidar dan Alisa semata-mata.Sesungguhnya aku redha atas takdir bahawa Haidar bukan untuk ku lagi.Tabahkanlah hatiku Ya Allah.Amin,Amin Ya Rabbal Alamin.”
Hanya doa yang kudus yang mampu aku panjatkan.Biarlah Haidar membenci diriku asalkan dia peroleh bahagianya bersama Alisa.Biarlah dua jiwa ini menyambung semula percintaan mereka.Aku ini ibarat bunga yang baru tumbuh di hati Haidar sedangkan Alisa pernah menjadi bunga yang segar kembang ditaman hati Haidar.Lagipun aku tahu,Alisa terlalu harapkan Haidar kembali dalam hidupnya.Mungkin dia sedar kekhilafannya memutuskan hubungan mereka satu ketika dulu adalah satu kesilapan besar.Setiap manusia berhak diberi peluang kedua.
Hari ini sudah 4 hari aku ke kolej dengan jiwa yang kosong.Hatiku bagaikan dipanah sembilu saat melihat kemesraan Haidar dan Alisa.Kenapa ini yang aku rasakan sedangkan aku yang redha keadaan ini.Mungkin kerana perasaan sayangku pada Haidar masih belum mampu untuk aku singkirkan saat ini.Lelaki yang bernama Akid Haidar telah berjaya membuka mata hatiku yang selama ini begitu anti dengan lelaki.Dia hadir dalam hidupku seolah-olah seperti membawa sebuah cahaya yang terang.
Lamunan panjangku terhenti.Sempat pulak aku flash back kenangan aku dengan Haidar.
“Kau ni asyik termenung panjang kenapa Kamilia?Dalam kelas macam jasad kau je yang ada kat situ.Roh kau?Entah la terbang ke mana aku pun tak tahu.”
Aku menghela nafasku perlahan.Iced Lemon Tea atau dalam bahasa melayunya Teh o ais limau aku hirup perlahan.Hampir aku terlupa Syafika yang sedari tadi bersama aku di café ini.
“Entah lah Ika.Aku sepatutnya happy bila Haidar bahagia.Tapi,kenapa aku rasa sakit macam ni.Aku tak kuat nak hadapi hari-hari aku tanpa Haidar.”
Aku meluahkan isi hatiku kepada sahabat yang selama ini paling memahami diriku.
Syafika menggelengkan kepalanya perlahan.Tanganku digenggam erat.
“Aku faham Kamilia.Bukan senang nak lupakan orang yang kita sayang.Lagi-lagi orang tu pun terlalu sayang kat kita.Tapi kau yang pilih untuk undur diri kan?Sebagai kawan,aku sedih tengok kau macam ni.Kamilia Aryna yang aku kenal adalah seorang yang kuat dan tabah.Tapi hari ini,kau jadi lemah sangat.Kau tak boleh macam ni Kamilia.”.
Aku sekadar membisukan diri.Apa yang dikatakan Syafika memang benar.Aku tak pernah jadi selemah ni.Mata aku tiba-tiba tertancap pada pasangan yang ibarat belangkas yang baru masuk ke dalam café.Cepat-cepat aku menarik tangan Syafika untuk tinggalkan café itu.Aku tak mampu nak tengok kemesraan Haidar dan .Sumpah aku tak kuat!Dalam keadaan terpinga-pinga Syafika sekadar mengikut aku dari belakang.
“Kamilia,lama betul kau tak join kitaorang study kat library.Kau pergi mana?”.
Langkahku terhenti secara tiba-tiba.Aduh.Kenapa la si Alisa ni mata tajam sangat.Memang tak menjadi la trick aku untuk elakkan diri dari dia hari ni.Memang aku agak terror menyembunyikan hubungan aku dan Haidar sebelum ini dari Alisa.Biarlah dia tak tahu langsung hal ni.Lagipun aku dan Alisa tak lah berapa rapat sangat.Kami belajar jurusan yang sama,cuma kelas yang berlainan.Kalau ada yang perlu dibincangkan,barulah kami berjumpa.Itupun atas urusan pelajaran.Tak kisah la semua tu.Yang penting,dia dapat semula memiliki hati Haidar tanpa perlu tahu sedikit pun mengenai hubungan yang baru terjalin tapi terputus antara aku dan Haidar.
“Aku busy sikit.Sorry tau.Aku nak kena gerak cepat.Ni ha Si Ika ni tiba-tiba sakit perut pulak.Ni la akibatnya bila makan pagi dia buat macam makan tengahari.Aku pergi dulu ye.Jom Ika.”
Syafika sudah buat muka tidak puas hatinya.Alisa sekadar mengganguk.Haidar yang disebelahnya sikit pun tak sudi nak memandang aku.Mungkin dia dah terlalu benci dengan aku agaknya.Sekali lagi hatiku menangis.
“Kamilia,aku tahu apa yang kau rasa sekarang ni.Aku harap kau kuat ye?Aku tak suka la tengok sahabat aku ni sedih-sedih macam ni.Automatically aku pun akan sedih tau.”
Ika menepuk-nepuk perlahan bahuku.Aku tersenyum tipis.Syafika adalah sahabat yang terbaik yang pernah aku ada.Satu-satunya sahabat yang boleh menerima aku dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Eh,tak lah.Aku ok je.Kau jangan risau ye.Ni apahal pulak muka kau macam cekodok basi ni?”soalku pelik.
“Aku lapar la Kamilia.Tapi…aku tertinggal beg duit kat rumah.”
Aku hampir nak tergelak mendengar jawapan sahabatku itu.
“Alahai..Kesiannya kawan aku sorang ni.Apasal la kau tak minta je duit kat aku.Sanggup ye kau tahan makan dari pagi tadi.Macam tak biasa je kan kau ni Ika.Dah-dah,jom aku belanja kau makan.”
“Hehe..Aku segan la.Segan.Malu.Segan.Malu”
Ika sudah mula buat lawaknya.Aku sekadar menggeleng kepala melihat gelagatnya.Ika,Ika…
Haidar merenung wajahku sedari tadi.Dan aku tahu,ini memang perkara wajib yang dia buat kalau kami berjumpa.
“Awak ni,bila kita jumpa,kalau tak tengok saya macam tu memang tak boleh ye?”
Soalku sambil membetulkan selendangku.Mungkin tersenget,sebab tu la Haidar tengok aku macam tu.
“Awak nak tahu kenapa saya suka tengok wajah awak?”
Haidar sudah mengukir senyuman manisnya.Dan serentak itu terukir jugalah lesung pipit di kedua belah pipinya.Aduhai.Mamat ni selalu je buat jantung aku dup dap dup dap.
“Erm.Kenapa?”…
“Sebab bila saya tengok wajah  comel awak,hati saya jadi tenang.Tak tahu la kenapa.Tapi itu la yang saya rasa.”
Mukaku sudah merona kemerahan menahan malu bila Haidar berkata sedemikian.
“Ha,merah dah muka comel awak tu.Saya baru cakap macam tu,dah merah.Kalau cakap lebih-lebih lagi tak tahu la jadi warna apa pulak muka Cik Kamilia Aryna ni nanti.”
Haidar meledakkan tawanya.Memang mamat ni dah lama hidup agaknya.Ada saja idea nak kenakan aku.Aku menjeling tajam Haidar.Tapi tak kisah lah.Janji aku pun rasa perkara yang sama.Aku tenang bila tengok wajah Haidar.Dan yang paling penting,aku selesa bila bersama lelaki ini.
“Ha tu jeling saya kenapa?Ingat saya takut sangat la jelingan maut awak tu?Lagi bertambah sayang adalah.Sepuluh kali awak jeling,sepuluh kali saya sayang.Tapi kalau mata awak dah jadi juling sebab selalu sangat jeling-jeling,jangan merungut ye kalau kurang harga hantaran awak nanti?”
Sempat lagi dia nak kenakan aku.Aku yang sudah jelas-jelas menahan rasa malu akhirnya melepaskan geram dengan mencubit paha Haidar sekuat hati. Mengeliat sakan Haidar menahan sakit.Ha,baru padan muka.Suka sangat nak kenakan orang.
Aku menyimpan semula gambar ketika aku dan Haidar masih lagi bersama.Tak sangka sempat lagi aku berkhayal tatkala melihat gambar kami berdua.Dah jadi kenangan.Tapi hati aku tak benarkan langsung aku buang Haidar dalam kamus hidupku.
Mungkin  Alisa bahagia sekarang ni.Bahagia dengan peluang yang diberikan Haidar padanya.Kau benar-benar beruntung Alisa.Dapat memiliki lelaki yang bernama  Akid Haidar.Apa yang aku harapkan,kau dapat hargai cinta Haidar.Jangan kau sakitkan hati dia lagi macam dulu.
Dari jauh aku hanya memerhati gelagat Haidar dan  Alisa di dalam library.Kata-kataku itu sekadar diucapkan dalam hatiku.
Mata Haidar tiba-tiba membalas pandanganku yang sedang asyik memerhati mereka.Ya Allah,bagai nak luruh jantung aku bila kami saling berpandangan.Cepat-cepat aku berpatah balik untuk keluar dari library.Dari renungan Haidar aku tak pasti sama ada dia memang tak sengaja memandang aku atau memang dia sejak tadi perasan akan kehadiran aku.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ibu,Lia minta maaf sebab tak dapat nak balik jenguk ibu bulan ni.Lia rindu ibu sangat-sangat.Tapi Lia kena siapkan banyak assignment”.
“Sayang,ibu pun rindu Lia sangat-sangat.Tapi,apa yang penting,ibu nak Lia tumpukan perhatian pada kerja Lia tu dulu.Dah nak final kan?Ingat,ibu tak nak anak ibu main-main dalam belajar”.balas ibu berbaur nasihat.Walaupun sekadar bercakap dalam telefon,tapi itu sudah memadai bagiku.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Sure ni kau nak tunggu boyfriend kau datang ambil?”ujarku sambil mengeluarkan motosikal dari parkir .
“Ye,kau baliklah dulu.Kejap lagi dia sampailah.Kau tu bawa motor biar berhemah sikit.Jangan nak menyelit sangat.Macam la aku tak kenal kau tu.”
Aku sekadar ketawa kecil.
“Sayang jugak kau kat aku kan Ika?Jangan risau lah.InsyaAllah aku ingat pesan kau.Tapi kalau benda nak jadi,aku bawak berhemah pun mungkin orang lain yang tak berhemah tu yang “bantai” aku.”
Selamba aku menuturkan kata.
“Mulut tu cubalah jangan cabul sangat.Dah-dah.Sebelum kau nampak Haidar kat sini,lebih baik kau balik cepat.Karang tak pasal-pasal jer….”
“Ok lah.Aku nak baliklah ni.”
Aku meluncur motosikalku dengan berhemah.Entah mengapa hari ni aku tak rasa untuk menunggang laju motosikalku.Sampai di satu simpang aku cuba mengelak dari sebuah kereta yang melulu keluar.Malangnya aku yang terbabas ke sebatang pokok.Dalam keadaan kelam kabut begitu aku cuba cepat-cepat untuk bangun.Belum sempat aku bangun terasa badanku dilanggar dari belakang.Terpelanting aku beberapa meter dari situ.Cecair merah pekat yang mulai menuruni di kepalaku.Pandanganku yang semakin kabur akhirnya menjadi gelap.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Haidar,kau tak pergi hospital ke tengok Kamilia?”sapa  Azrul yang sedang berlari-lari anak untuk ke keretanya.Haidar mengerutkan dahinya tanda tak faham.
“Kau cakap apa ni?Kenapa dengan Kamilia Azrul?”
“Macam mana kau boleh tak tahu.Hampir satu kolej ni dah tahu Kamilia kemalangan tadi.Sekarang dia betul-betul kritikal.Jom lah,aku nak pergi hospital ni.”
Tanpa sebarang persoalan Haidar terus mengikut Azrul ke hospital.
“Kamilia tak pernah cintakan lelaki lain sejak dia kenal dengan kau Haidar.Dia sayang sangat kat kau.Dia sengaja tipu yang selama ni dia tak pernah cintakan kau.Tapi,aku rasa kau dah tahu kenapa dia sanggup tipu kau kan?”.
Sebaik saja mendengar penjelasan dari Syafika,Haidar meraup mukanya tanda kesal.Di fikirannya sekarang hanya terbayangkan wajah Kamilia saja.Dia benar-benar ingin bertemu Kamilia.Sejujurnya,dia sendiri tak dapat terima kata-kata yang diucapkan Kamilia tempoh hari.Sepanjang hubungannya kembali terjalin bersama Alisa,wajah Kamilia masih lagi tak lekang di kotak fikirannya.Biarpun adakalanya dia sengaja membuat muka benci bila terserempak dengan Kamilia,tapi dalam hatinya,dia sebenarnya terlalu rindu untuk menatap wajah Kamilia Aryna.Perasaan benci itu cumalah dibuat-buat sebagai tanda dia marah dengan apa yang telah dilakukan oleh Kamilia.Biarpun hubungannya dengan Alisa sudah kembali terjalin,namun dia sejujurnya tak bahagia.Rasa cinta pada Alisa satu ketika dulu telah mulai pudar sikit demi sedikit sejak Alisa pergi meninggalkan dirinya untuk bersama orang lain satu ketika dulu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terasa badanku lemah tak berdaya.Bunyi mesin penyambung hayat yang entah sejak bila bersambung di tubuh badanku begitu meresahkan aku.Aku cuba sedaya upaya untuk mencelikkan mata.Tapi,aku benar-benar tak mampu.Aku dapat menangkap suara tangisan seseorang yang teramatlah aku rindui.Ya,itu suara ibu.
“Keadaan anak makcik amat kritikal sekarang ni.Kami tak berani nak bagi apa-apa jaminan.Kita tunggu sampai esok pagi,kalau Kamilia masih tak beri apa-apa respon,pihak hospital terpaksa tanggalkan mesin penyambung hayat ni.”
Tangisan lain pula yang tertangkap di hawa telingaku.Suara garau itu teresak-esak menahan tangis.Ya Allah,sudah sampaikah ajalku Ya Allah.Jika benar,kau berilah peluang padaku untuk memohon keampunan dari ibu,abah dan sahabat-sahabatku.
Alunan surah Yassin semakin mendebarkan hatiku.Terasa semakin hampir ajalku.
Haidar,maafkan saya Haidar.Hanya Allah saja yang tahu betapa saya cintakan awak.Saya cuma nak tengok awak bahagia.Saya tak pasti apa yang buat awak menangis bila tengok keadaan saya macam ni.Mungkin tinggal rasa simpati.Kasih sayang awak mungkin dah lenyap sejak saya kata saya tak pernah cintakan awak hari tu.
Sesungguhnya aku tak mampu lagi melawan kesakitan ini.Terlalu sakit.Terasa tanganku disentuh lembut.
“Kamilia sayang,awak kena kuat.Awak tak boleh tinggalkan saya.Saya dah tahu perkara sebenar dari Ika.Awak tipu saya yang awak tak pernah cintakan saya.Tapi sebenarnya awak sengaja cakap macam tu sebab nak buat saya benci awak.Tolonglah Kamilia.Awak kena buka mata untuk saya.Kalau betul awak memang dah tak mampu nak bertahan lagi,tolonglah buka mata sekejap saja untuk saya.Lepas tu kalau awak dah tak mampu,saya redha Kamilia.Saya rindu nak tatap mata awak.Saya cintakan awak.Buka mata sayang…”
Hatiku dipagut sayu.Semakin kuat kedengaran sedu sedan Haidar.Airmataku berlinangan.Aku cuba sedaya upaya untuk membuka mata.Aku benar-benar rindukan Haidar.Mungkin ini adalah peluang terakhir bagiku.Aku nak tatap wajah ibu,sahabatku Ika dan Haidar buat kali terakhir.Dengan semangat yang masih bersaki baki dalam diriku akhirnya perlahan-lahan mataku dicelikkan.
“Makcik,Kamilia dah sedar mak cik,”
Haidar begitu gembira melihat aku sudah membuka mata.Ibu pula mencium dahiku bertalu-talu.Airmata ibu masih lagi berlinangan.Doktor Shahir tersenyum sambil menanggalkan alat penyambung hayat ditubuhku.
“Alhamdulillah awak dah sedar Kamilia.Saya tahu awak kuat.Saya janji saya akan jaga awak baik-baik lepas ni.Tolong jangan tinggalkan saya lagi.”
Mendengar kata-kata Haidar,terasa hatiku dipanah kesayuan.Mana mungkin kami dapat bersama.Lagipun aku takkan rampas kebahagiaan Alisa.Aku tahu Alisa benar-benar bahagia di samping Haidar. Segalanya mustahil.Aku benar-benar tak mampu bertahan lagi saat ini.Lidahku terasa kelu untuk berbicara.
“Kau jangan tinggalkan aku lagi Kamilia.Aku rindu kau sangat-sangat.”
Ika menggengam erat tanganku sambil menyeka air matanya.
Terasa kelopak mataku diletakkan gam.Sudah tak mampu untuk aku menahannya lagi.Aku cuba mengukir senyuman semanis yang mungkin buat tatapan mereka di sekelilingku.Akhirnya perlahan-lahan mataku tertutup rapat.Serentak itu mesin jangka hayat berbunyi nyaring tapi mendatar tanda aku sudah pergi buat selama-lamanya.
“Maafkan saya.Pesakit sudah meninggalkan kita semua.Allah lebih sayangkan dia”.
 Doktor muda yang tadinya  baru saja menanggalkan alat penyambung hayat ditubuhku menarik selimut perlahan menutupi wajahku.
Ruang itu akhirnya meledakkan suara tangisan siapa saja yang berada di situ.Suara ibu,suara sahabatku Syafika,dan yang paling ketara adalah suara Haidar.Haidar bukanlah seorang lelaki yang senang mengalirkan airmata.Apatah lagi untuk meraung kesedihan begini.
Selamat tinggal semua.Maafkan aku kerana tak mampu bertahan.Sudah tertulis di jalan takdir,aku pergi dulu sebelum kalian.Ibu,maafkan Kamilia sebab tak dapat nak cium ibu buat kali terakhir.Tapi Kamilia bersyukur sebab dapat tengok wajah ibu.Ika,kau adalah sahabat aku yang paling terbaik yang pernah mendampingi aku selama ini.Terima kasih sebab kau selalu ada dengan aku dalam apa jua keadaan.
Akid Haidar,ucapan sayang awak di saat-saat terakhir saya benar-benar menusuk ke setiap lohong hati saya.Biarpun saya dah tak ada lagi,sekurang-kurangnya awak tahu,saya sebenarnya cintakan awak.Itu sudah cukup buat saya tenang dalam lena yang panjang ini.Awak kena kuat untuk teruskan hidup tanpa saya.Cinta tak semestinya bersatu.Tapi mengenali insan yang bernama Akid Haidar adalah perkara yang paling terindah dalam hidup saya.Dan ianya umpama anugerah paling terindah buat saya biarpun bukan takdir saya untuk memiliki awak secara mutlak.Apa yang perlu awak tahu,cinta saya pada awak takkan pernah lekang dimamah masa biarpun saya bakal meninggalkan awak sejauhnya.Biarpun mata ini telah tertutup buat selamanya,cinta dan sayang saya tetap ada untuk awak.
Terasa aku sudah dijemput untuk ke alam lain.Aku perlu segera pergi.Tak sanggup aku untuk melihat wajah sugul insan- insan yang telah aku tinggalkan.Aku bukan lagi penghuni alam maya ini.Aku sudah kembali ke penciptaku.Ya,hakikat yang perlu aku terima dan aku perlu bersedia untuk menghadapi alam baru ini seterusnya meninggalkan Haidar buat selamanya.
-Tamat-


readmore »»