Pengikut VVIP

Friday 21 March 2014

syurga buatmu Muhammad Syazwan Haziq

assalamualaikum..


sebenarnya entri ni memang nak aku post sejak hari pertama dapat berita menyedihkan mengenai kepergian anak buah makcik aku,Muhammad Syazwan Haziq.Tapi,masa memang tak izinkan memandangkan assignment yang bertimbun mohon di siapkan..

16 Mac 2014
Pagi-pagi lagi aku dah dikejutkan dengan berita sedih ni..Walaupun aku tak lah rapat dengan arwah Syazwan ni,tapi kepergian dia memang betul-betul buat aku rasa sayu.
Syazwan menghidap kegagalan fungsi buah pinggang(kidney failure) sejak dari dia kecik lagi.
walaupun dia sakit,Syazwan macam kanak-kanak biasa,cuma adakalanya dia cepat letih.
Syazwan yang aku kenal seorang kanak-kanak yang bijak,ceria dan aktif.

mungkin Allah lebih sayangkan dia.Allah ambil dia masa usia dia 10 tahun sebab Allah tak nak dia tanggung derita sakit dia lagi.Takdir Allah siapa yang tahu.Sebenarnya,dalam perancangan,ibunya bakal mendermakan buah pinggang kepada Syazwan,tapi tak kesampaian sebab Syazwan dijemput dahulu.Sedih kan..

aku macam tak percaya pun ada..
serius aku rasa arwah still ada..
sebab sikit pun aku tak rasa dia akan meninggal dalam umur muda macam ni.
tapi semua ni mungkin satu hikmah yang perlu aku lihat dari setiap segi.
Allah ambil Syazwan dalam usia muda sebab Allah kasihkan si kecil ni.Tapi,buat aku,mungkin ni satu pengajaran bahawa ajal kita tak mengira usia.Muda atau tua bukan faktornya,jika sudah tertulis bila ajalnya,sesaat pun tak akan terlewat.


Syazwan Haziq,
selamat tinggal.abang dah selamat kat sana..
kami kat sini entah apa nasibnya..
bila masanya..
kami semua akan rindukan abang..

Arwah syazwan  beraya bersama sepupu-sepupunya 

Raya tahun ni mesti rasa lain sebab Syazwan dah tak ada..
syurga buatmu Syazwan,InshaaAllah..
semoga Allah izinkan kita bertemu di sana..
Al-Fatihah,Muhammad Syazwan Haziq Bin  Mohd.Shahrum



readmore »»