Pengikut VVIP

Saturday 16 February 2013

dilemma lagi!

assalamualaikum..

selamat pagi..terima kasih sebab masih merajinkan jari jemari anda untuk click entri di belog buruk aku ni..hehe..

dihimpit dilemma lagi..
aduhai..ni lah akibatnya lepas di "brain" wash semalam..
disebabkan kerajinan diri dan kawan-kawan,pegi menyibuk kat karnival pengajian tinggi semalam..

hurm..
kalau sebelum ni aku dengan yakinnya buat keputusan untuk tak sambung degree and terus cari kerja,tapi hari ni,aku tiba-tiba dihimpit dilemma balik..kerja atau sambung degree..
bila lah episode dilemma ni nak abes..kalau buat drama kisah dilemma ni kompem rating paling rendah..haha :p

UNIKL
Hati aku berat kat UNIKL ni..mula-mula memang rasa tak berminat sebab 4 tahun tempoh belajar.
tapi,orang UNIKL tu cakap boleh transfer credit.so lebih kurang 3 tahun je la.
lepas tu dia brain wash aku lagi,
awak tu muda lagi.lebih baik sambung terus.nanti bila dah kerja,dah syok pegang duit,mesti dah malas nak sambung.nanti kalau dah kerja,nak gaji degree kan?

adui..macam mana ni..memang betul apa yang encik tu cakap.
apply je la dulu.nanti kalau dapat tawaran,buat keputusan.hehe..bole kot macam tu..hehe..
tak pun susah-susah sangat kawen je teros..haha..ok,joking.calon pun belum ada..ada hati nak kawen..poyo je..hehe..




readmore »»  

Friday 15 February 2013

bila blogger jadi maid - ZATI MOHD

assalamualaikum..

selamat tengahari sahabat-sahabat blogger yang comel.

alhamdulillah.kenyang sudah perot ni dengan nasik dengan sup daging..

okay2..sebelum aku melalut bagi resipi sup daging tu lebih baik aku straight dengan novel yang aku baru beli semalam..opss..beli guna baucar..hehe

~ BILA BLOGGER JADI MAID

Abaikan background oren tu..hehe :p

memang novel ni tersenarai dalam best seller kat popular tu..tengok cover depan dah buat hati aku terpikat..and the moment aku baca tajuk and sinopsis dia,ishh..tak boleh jadi ni..kena baca..and haruslah kena beli..

so far,aku dah baca muka surat kedua..silap,aku baru baca muka surat kedua..haha..tak sempat nak mentelaah lagi..biasalah,banyak kerja perlu disiapkan..ceh..macam sibuk sangat aku ni..ini semua poyoooo bab kata johan..hehe

for my first view,aku rasa novel ni memang best untuk dilayan.kalau tak masakan tersenarai dalam top seller kan..

okay,sekarang ni pun free..so,time untuk khatam novel ni..heee.. :)



readmore »»  

Wednesday 13 February 2013

salad buah-buahan boss yang superb !


assalamualaikum..

bila aku tengok balik pic atas ni,tiba-tiba kecur air liur.huhu..
sedap!
salad buah-buahan yang buat pertama kalinya aku rasa.Sebelum ni pernah dengar je.

macam biasa la,sejak kitorang praktikal kat office ni,asyik dijamu dengan makanan je.ada saja makanan yang dipersembahkan atas meja untuk santapan staff..hehe

haa...salah satunya salad buah-buahan ni.Boss yang buat.
aku ni macam biasa la,benda pelik sikit aku susah sikit nak makan.
"fida,hang tak mau ka salad ni?"
aku pun dengan eksennnya jawab
"takpala.hampa makan ja la.aku tak makan salad."
actually masa tu aku terbayang salad yang hijau tu dengan mayonis.memang aku tak makan la..haha..maklumlah,aku ni bukan penggemar sayur hijo tu..
dan...jeng3..bila member aku tayang salad buah depan aku,tiba-tiba rasa nak try.


bila try,perghhhhhhhhh...sedapnya...senyum sampai telinga sat.hehe..
dan itulah detik pertama kali aku mengenal salad buah-buahan yang sodapp..
thanks my big boss..

kalau korang nak try buat sendiri,sila tengok sendiri resepinya kat sini..kalau nak lagi sedap korang leh tambah yogurt bliss ni..


selamat mencuba :)
readmore »»  

ini saja yang mampu buat mak abah :)



assalamualaikum..

terpampang baik punya 3 benda alah ala-ala batu nisan tak bertuan ni..haha..
alhamdulillah.semua ni kurniaan dari Allah.Dan yang paling penting semua ni buat mak abah aku yang tersayang..ini yang termampu untuk aku hadiahkan buat masa sekarang.

diam tak diam,aku dah semester enam pun.Dari keluar masuk kelas,dan sekarang sedang menjalani latihan industri di POLIMAS,Jitra Kedah.

InsyaAllah,kalau semuanya okay,aku akan grad tahun ni.
semester 1,dekan.buat pertama kalinya aku dapat anugerah ni.Seronok bukan kepalang.Semester 2,alhamdulillah,dekan lagi..
dan...kedebukkkkkk...semester ke 3,result aku jatuh merudum dum dum..dekan ke mana apa kemana.memang masa tu frust menonggeng aku.semester 4 aku kejar balik pointer.even tak dapat dekan,tapi pointer naik balik.


Semester 5,paling bermakna buat aku.Allah izinkan aku sekali lagi untuk terima anugerah dekan ni.terasa berbaloi air mata aku,penat lelah aku masa semester 5.

super duper terima kasih buat semua lecturer,kawan-kawan yang tak kedekut ilmu dan masa untuk bantu aku dalam study.dan yang paling penting,mak dan abah.pembakar semangat nombor 1 aku...

readmore »»  

Tuesday 12 February 2013

Cerpen : Sampai Menutup Mata


Sampai Menutup Mata

Aku menjeling tajam lelaki yang dari tadi asyik memandang aku.Gila agaknya.Macam tak pernah tengok perempuan.Muka tu boleh tahan hensemnya.Tapi sayang,kurang betul.Rimas betul aku dibuatnya.
“Hai cik adik comel.Tajamnya jelingan tu.Garang betul ye?”.
Aku yang berniat nak ambil angin di taman akhirnya bertukar menjadi naik angin.
“Apa adik-adik?Ingat saya ni adik awak ke?Suka hati la saya nak jeling ke nak juling ke.Mata saya kan?Awak sakit kat mana?”.
Balasku dengan suara yang sengaja aku tekankan sambil membuat mata juling.Kononnya garanglah aku ni.Tapi sayang,kata-kataku bagai tak memberi  kesan pada lelaki tinggi lampai itu.Malahan semakin berani pulak dia datang dekat dengan aku.
“Janganla garang-garang sangat.Saya tak sakit kat mana-mana pun kalau awak jeling macam tu kat saya.Tapi sakit kat sini.Sakit sangat-sangat.Sebab jelingan awak tu tajam sangat,kalah pisau tau!”
Aku terkedu seketika bila lelaki itu meletakkan tangannya di dada.Kononnya dia sakit kat hati la bila tengok aku jeling macam tu.Argh.Kisah pulak aku kan.Akhirnya aku cepat-cepat beredar dari taman itu.Silap-silap aku pun sakit jiwa nanti layan mamat ni.
Bila mengenangkan detik-detik pertemuan kami,aku tergelak sendiri.Memang aku tak bagi chance  langsung untuk dia mengorat aku.Aku ni pun satu,garang macam singa betina je.Entah macam mana dalam jual mahal akhirnya kami jadi rapat.Macam mana lah aku boleh tak perasan Haidar ni senior aku kat kolej.Selamba je aku buat perangai tak semenggah aku kat dia masa tu.
Hari demi hari kami semakin rapat.Biarpun hubungan ini hanya atas dasar kawan semata-mata,tapi aku rasa begitu selesa dengan Haidar.Aku tahu,Haidar juga merasai perkara yang sama.Tapi masing-masing sekadar berbasa-basi malu untuk mengucapkan sayang.
“Awak,saya nak tanya something kat awak ni.Awak kena janji,awak akan jawab dengan jujur ye?”
Aduhai Haidar ni.Macam serius je soalan yang dia nak tanya ni.Ish.Mata dia tu kalau tak tenung mata aku lama-lama memang tak sah la.Jenuh aku nak tepis panahan asmara si Haidar ni.
“Awak..Awak berangan sampai ke mana dah tu?Ni mesti berangan nak kahwin dengan saya kan?Tak malunya budak comel tu…Berangan nak kahwin..”
Haidar melambai-lambai tangannya untuk menyedarkan aku.Memang dia sengaja nak sakat aku.
“Amboi,perasan je awak ni.Bila pulak saya berangan nak kahwin dengan awak?”
Aku membuat mimik muka mengejek.
“Erm…Habis tu awak memang tak kahwin dengan saya la?Ala…Sedih la macam ni.Rasa nak bawa diri pergi Gunung Everest je.Sampai hati awak”.
“Sudah-sudah.Jangan nak mengada sangat ye Encik Akid Haidar.Awak nak tanya apa tadi?Macam serius je?”
Akid Haidar tersenyum simpul.Aku turut membalas senyumannya tapi disertai dengan riak wajah seribu satu persoalan.
“Awak sayang saya tak?”
Gulp..Aku menelan air liur.
“Awak ni..Jangan la tanya saya macam tu.Saya tak tahu nak jawab”.
“Sayang atau tak?Itu je jawapan yang saya nak dengar”.
Haidar semakin rancak membuli aku kala ini.
“Okay lah.Sayang”.Akhirnya aku mengaku kalah.Aduhai,rasa macam muka tembok tujuh belas lapis dah aku ni.
“Sayang siapa?”
“Sayang awak la”.Aku sudah jadi tak keruan bila dia asyik tenung aku.
“Sayang saya sebagai….?”
Ya Allah,perlukah aku jawab soalan dia.Aku sekadar mengangkat bahu kononnya nak elakkan diri dari menjawab soalan cepu mas dari Haidar.Haidar menghela nafasnya perlahan tanda kecewa.
“Kenapa tak tahu?”
Aku sekadar berpeluk tubuh.Mana mungkin aku luahkan padanya yang aku sayang dia lebih dari seorang kawan.Malu kot.Entah-entah aku yang syok sendiri.Biarlah aku diam je.Lagipun Haidar ni macam la aku tak kenal perangai dia.Suka sangat nak menyakat aku.
                                                      “Tak nak jawab yer?Ok..Takpe.”
Aku tahu Haidar mula menarik muka masamnya yang mengalahkan mempelam tak masak.
“Tak adil kan kalau awak je tanya saya.Sekarang,biar saya pulak tanya awak.Awak sayang saya tak?”
Kali ini giliran aku pula menyoal Haidar.Aku mula lihat air mukanya tiba-tiba berubah.Tadi confident sangat soal aku.Sekarang tahu pun nak malu.
“Erm.Perlu ke saya jawab soalan tu?”Balas Haidar cuba berdalih.Memang nak kena mamat ni.Nak berdalih pulak.
“Ye,perlu sangat-sangat.Sayang atau tak.Itu je jawapan yang saya nak dengar.”
“Aik?Balas dendam ke pa ni?Oklah..Saya mengaku saya sayang awak.”
Akhirnya aku berjaya menekan Haidar dengan soalanku.Serentak itu kami berdua membalas senyuman.Senyuman yang tersirat seribu satu makna.Moga-moga hubungan ini berkekalan biarpun masih belum ada tanda rasmi hubungan kami doaku dalam hati.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di saat ini airmataku mengalir laju.Titisan demi titisan menyembah bumi.Dan aku langsung tak hiraukan airmataku itu.Makin lama sedu sedan aku jelas kedengaran memecah kesunyian kamarku sedari tadi.Wajah Haidar asyik bermain di fikiranku ketika ini.Aku terlalu cintakan Haidar.Sedalam mana cintaku terhadapnya,hanya Allah SWT yang tahu.Tapi,aku perlu lepaskan Haidar dan undur diri untuk memberikan peluang kepada Haidar dan bekas teman wanitanya untuk kembali bersama.Sesungguhnya berat hatiku untuk melepaskan Haidar dari hidupku.Tapi jika kebahagiaan Haidar lebih terjamin bersama Alisa,aku redha.Biarlah hatiku terluka,tapi Haidar bahagia.Mungkin Allah SWT telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untukku.
“Sayang,hanya Allah saja yang tahu betapa saya tersepit dalam membuat pilihan sekarang ini.Saya tahu saya dah buat airmata awak mengalir untuk kesekian kalinya.Tapi apakan daya,saya benar-benar tak mampu untuk buat keputusan saat ini.Saya sayang awak Kamilia.Sayang saya pada awak bukan main-main.Sikit pun tak terlintas dalam hati saya untuk permainkan cinta awak.Saya harap awak dapat beri saya masa untuk buat keputusan.Apa yang perlu awak tahu,saya terlalu sayangkan awak Kamilia.”
Aku menggengam kemas surat yang aku terima dari Haidar pagi tadi.Perlahan-lahan aku menyeka airmataku.Ya Allah,sesungguhnya aku hambaMu yang lemah dan tak berdaya.Jika inilah jalan takdirku Ya Allah,kau kuatkanlah hatiku ini.Aku rela undur diri andai itu yang terbaik.
Pagi itu seperti biasa,aku meluncur laju motosikal cabok milikku ke kolej.Dua pusingan aku meronda di sekitar kawasan parkir akhirnya ada rezeki untuk “parking” motosikalku.Alhamdulillah.Ada juga hamba Allah yang nak angkat kaki.Kalau tak bertawaf la aku keliling kolej ni.
Aku menyusun langkah selaju yang mungkin.Aku perlu berjumpa Haidar segera.Dari jauh Haidar sudah melemparkan senyumannya padaku.Aku sekadar tersenyum tipis.Aku mengawal riak wajah tenangku sebolehnya.
“Sorry awak.Mesti dah lama awak tunggu saya kan?”
Aku melabuhkan punggung di kerusi café yang agak lengang pagi itu.
“It’s okay.Baru 10 minit saya kat sini.”
Aku merenung sayu wajah Haidar.Haidar juga begitu.Bila mata kami saling berbalas pandangan,akhirnya aku tersedar dari lamunan.
“Kamilia,awak nak cakap sesuatu kan?Cakaplah.”
Tegur Haidar lembut.Matanya masih tak berganjak dari menatap aku.
“Erm.Berkaitan hubungan kita.Awak,saya rasa biarlah saya yang undur diri.Awak jangan risau pasal saya.Saya rasa Alisa lebih layak untuk awak pilih.” ujarku perlahan.
Haidar terkedu.Airmukanya jelas berubah sama sekali.Aku tak berani untuk membalas pandangan Haidar.Aku sekadar menundukkan muka.
“Awak.Saya masih belum buat keputusan.Awak,saya sendiri tak tahu apa yang perlu saya buat sekarang ni.Tolonglah bagi say sikit lagi masa.”
Balas Haidar dengan nada suaranya yang mula mengendur.Ada riak risau di wajahnya.Sempat lagi aku memerhati sekeliling.Bimbang ada yang perasan  kehadiran kami disini.Lebih-lebih lagi Alisa.
“Kita belum declare apa-apa lagi kan Haidar?Jadi saya rasa tak ada masalah untuk awak buat keputusan sekarang ni.Lagipun saya sebenarnya bukan sayang awak.Maaflah,selama kita berkawan ni,saya just pretend sayang awak sebab saya nak jugak rasa macam mana orang bercinta ni.Perasaan saya pada awak sebenarnya…erm… Zero.”
Aku menghabiskan ayatku dengan tangan yang terketar-ketar.Sepantas kilat aku sembunyikan tanganku di bawah meja.Dalam hati aku mengutuk diriku yang tegar mengucapkan kata-kata itu pada lelaki yang teramatlah aku cintai itu.
Haidar membulatkan matanya.Reaksi standard kalau orang terkejut.
“What?Awak sengaja reka cerita kan Kamilia?Awak sengaja tipu saya yang awak tak sayangkan saya.Mungkin awak boleh tipu saya,tapi mata awak sah menunjukkan awak sedang bercakap bohong Kamilia!”
Aku tergamam.Suara Haidar yang serak-serak basah itu kedengaran agak tinggi nadanya.Aku menarik nafas sedalam yang mungkin.Serentak itu aku melepaskan nafasku perlahan.Mujur suara Haidar itu tenggelam dalam keriuhan café itu yang sudah mula dipenuhi pelajar lain.
Look Haidar.Cubalah terima hakikat.Sebenarnya saya dah lama nak terus-terang dengan awak.Selama ni saya kata sayang awak,tapi sebenarnya saya tak de perasaan apa-apa pun kat awak.Dah la.Saya cuma bercakap perkara yang betul.Dan sekarang awak dah tak perlu nak pening-pening fikirkan saya atau Alisa yang patut awak pilih.Of course la Alisa yang awak pilih kan?Kalau awak pilih saya pun,saya nak beritahu siap-siap la ye,saya tak ingin pun kat awak.Okaylah.Selamat berbahagia!”
Entah dari mana datangnya perangai kejam mengalahkan firaun itu dalam diriku.Dengan hipokritnya aku membuat riak muka bersahaja seperti orang yang tiada perasaan.
Wait Kamilia!”
Belum sempat aku mengangkat punggungku Haidar segera menahanku.
“Awak nak apa lagi ni?Oh ya,hampir terlupa.Ni ha surat awak.Ambil la balik surat ni.Tapi maaflah.Dah renyuk teruk ni.Zaman dah canggih,tapi surat jugak yang awak nak hantar kat saya.Lawakla awak ni”.Sempat lagi aku menambahkan bahang amarah Haidar.Jelas terpancar airmuka Haidar yang sudah mula merona kemerahan menahan marah dan malu pastinya.
“Okay!Terima kasih banyak-banyak Kamilia .Saya bodoh sebab percayakan awak selama ni.Dengar sini baik-baik,what goes around comes around Cik Kamilia Aryna!”
Jantungku berdegup kencang.Saat ini sikit pun aku tak mampu untuk menatap garisan kebencian terhadapku di wajah Haidar.Aku menghadiahkan senyuman sinis yang sengaja aku reka sebelum meninggalkan café itu.
Selangkah,dua langkah dan seterusnya airmataku merembes keluar dari tubir mata. Aku cuba mengumpul kekuatan dalam diriku.Sekuat hatiku saat berhadapan dengan Haidar tadi.Tapi entah mengapa aku gagal.Aku menangis semahu-mahunya di dalam tandas kolej.
Aku membuka langkah keluar dari tandas.Tanpa berfikir panjang aku terus meninggalkan kawasan kolej.Kuliah?Memang “burn” lah jawabnya.Aku tak punya hati untuk mengikuti apa-apa kelas pada hari ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ya Allah,sesungguhnya hambaMu ini telah bertindak kejam dengan melukakan hati insan yang teramatlah aku cintai.Ampuni aku Ya Allah.Tiada apa-apa niat dalam hatiku selain untuk melihat kebahagiaan Haidar dan Alisa semata-mata.Sesungguhnya aku redha atas takdir bahawa Haidar bukan untuk ku lagi.Tabahkanlah hatiku Ya Allah.Amin,Amin Ya Rabbal Alamin.”
Hanya doa yang kudus yang mampu aku panjatkan.Biarlah Haidar membenci diriku asalkan dia peroleh bahagianya bersama Alisa.Biarlah dua jiwa ini menyambung semula percintaan mereka.Aku ini ibarat bunga yang baru tumbuh di hati Haidar sedangkan Alisa pernah menjadi bunga yang segar kembang ditaman hati Haidar.Lagipun aku tahu,Alisa terlalu harapkan Haidar kembali dalam hidupnya.Mungkin dia sedar kekhilafannya memutuskan hubungan mereka satu ketika dulu adalah satu kesilapan besar.Setiap manusia berhak diberi peluang kedua.
Hari ini sudah 4 hari aku ke kolej dengan jiwa yang kosong.Hatiku bagaikan dipanah sembilu saat melihat kemesraan Haidar dan Alisa.Kenapa ini yang aku rasakan sedangkan aku yang redha keadaan ini.Mungkin kerana perasaan sayangku pada Haidar masih belum mampu untuk aku singkirkan saat ini.Lelaki yang bernama Akid Haidar telah berjaya membuka mata hatiku yang selama ini begitu anti dengan lelaki.Dia hadir dalam hidupku seolah-olah seperti membawa sebuah cahaya yang terang.
Lamunan panjangku terhenti.Sempat pulak aku flash back kenangan aku dengan Haidar.
“Kau ni asyik termenung panjang kenapa Kamilia?Dalam kelas macam jasad kau je yang ada kat situ.Roh kau?Entah la terbang ke mana aku pun tak tahu.”
Aku menghela nafasku perlahan.Iced Lemon Tea atau dalam bahasa melayunya Teh o ais limau aku hirup perlahan.Hampir aku terlupa Syafika yang sedari tadi bersama aku di café ini.
“Entah lah Ika.Aku sepatutnya happy bila Haidar bahagia.Tapi,kenapa aku rasa sakit macam ni.Aku tak kuat nak hadapi hari-hari aku tanpa Haidar.”
Aku meluahkan isi hatiku kepada sahabat yang selama ini paling memahami diriku.
Syafika menggelengkan kepalanya perlahan.Tanganku digenggam erat.
“Aku faham Kamilia.Bukan senang nak lupakan orang yang kita sayang.Lagi-lagi orang tu pun terlalu sayang kat kita.Tapi kau yang pilih untuk undur diri kan?Sebagai kawan,aku sedih tengok kau macam ni.Kamilia Aryna yang aku kenal adalah seorang yang kuat dan tabah.Tapi hari ini,kau jadi lemah sangat.Kau tak boleh macam ni Kamilia.”.
Aku sekadar membisukan diri.Apa yang dikatakan Syafika memang benar.Aku tak pernah jadi selemah ni.Mata aku tiba-tiba tertancap pada pasangan yang ibarat belangkas yang baru masuk ke dalam café.Cepat-cepat aku menarik tangan Syafika untuk tinggalkan café itu.Aku tak mampu nak tengok kemesraan Haidar dan .Sumpah aku tak kuat!Dalam keadaan terpinga-pinga Syafika sekadar mengikut aku dari belakang.
“Kamilia,lama betul kau tak join kitaorang study kat library.Kau pergi mana?”.
Langkahku terhenti secara tiba-tiba.Aduh.Kenapa la si Alisa ni mata tajam sangat.Memang tak menjadi la trick aku untuk elakkan diri dari dia hari ni.Memang aku agak terror menyembunyikan hubungan aku dan Haidar sebelum ini dari Alisa.Biarlah dia tak tahu langsung hal ni.Lagipun aku dan Alisa tak lah berapa rapat sangat.Kami belajar jurusan yang sama,cuma kelas yang berlainan.Kalau ada yang perlu dibincangkan,barulah kami berjumpa.Itupun atas urusan pelajaran.Tak kisah la semua tu.Yang penting,dia dapat semula memiliki hati Haidar tanpa perlu tahu sedikit pun mengenai hubungan yang baru terjalin tapi terputus antara aku dan Haidar.
“Aku busy sikit.Sorry tau.Aku nak kena gerak cepat.Ni ha Si Ika ni tiba-tiba sakit perut pulak.Ni la akibatnya bila makan pagi dia buat macam makan tengahari.Aku pergi dulu ye.Jom Ika.”
Syafika sudah buat muka tidak puas hatinya.Alisa sekadar mengganguk.Haidar yang disebelahnya sikit pun tak sudi nak memandang aku.Mungkin dia dah terlalu benci dengan aku agaknya.Sekali lagi hatiku menangis.
“Kamilia,aku tahu apa yang kau rasa sekarang ni.Aku harap kau kuat ye?Aku tak suka la tengok sahabat aku ni sedih-sedih macam ni.Automatically aku pun akan sedih tau.”
Ika menepuk-nepuk perlahan bahuku.Aku tersenyum tipis.Syafika adalah sahabat yang terbaik yang pernah aku ada.Satu-satunya sahabat yang boleh menerima aku dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Eh,tak lah.Aku ok je.Kau jangan risau ye.Ni apahal pulak muka kau macam cekodok basi ni?”soalku pelik.
“Aku lapar la Kamilia.Tapi…aku tertinggal beg duit kat rumah.”
Aku hampir nak tergelak mendengar jawapan sahabatku itu.
“Alahai..Kesiannya kawan aku sorang ni.Apasal la kau tak minta je duit kat aku.Sanggup ye kau tahan makan dari pagi tadi.Macam tak biasa je kan kau ni Ika.Dah-dah,jom aku belanja kau makan.”
“Hehe..Aku segan la.Segan.Malu.Segan.Malu”
Ika sudah mula buat lawaknya.Aku sekadar menggeleng kepala melihat gelagatnya.Ika,Ika…
Haidar merenung wajahku sedari tadi.Dan aku tahu,ini memang perkara wajib yang dia buat kalau kami berjumpa.
“Awak ni,bila kita jumpa,kalau tak tengok saya macam tu memang tak boleh ye?”
Soalku sambil membetulkan selendangku.Mungkin tersenget,sebab tu la Haidar tengok aku macam tu.
“Awak nak tahu kenapa saya suka tengok wajah awak?”
Haidar sudah mengukir senyuman manisnya.Dan serentak itu terukir jugalah lesung pipit di kedua belah pipinya.Aduhai.Mamat ni selalu je buat jantung aku dup dap dup dap.
“Erm.Kenapa?”…
“Sebab bila saya tengok wajah  comel awak,hati saya jadi tenang.Tak tahu la kenapa.Tapi itu la yang saya rasa.”
Mukaku sudah merona kemerahan menahan malu bila Haidar berkata sedemikian.
“Ha,merah dah muka comel awak tu.Saya baru cakap macam tu,dah merah.Kalau cakap lebih-lebih lagi tak tahu la jadi warna apa pulak muka Cik Kamilia Aryna ni nanti.”
Haidar meledakkan tawanya.Memang mamat ni dah lama hidup agaknya.Ada saja idea nak kenakan aku.Aku menjeling tajam Haidar.Tapi tak kisah lah.Janji aku pun rasa perkara yang sama.Aku tenang bila tengok wajah Haidar.Dan yang paling penting,aku selesa bila bersama lelaki ini.
“Ha tu jeling saya kenapa?Ingat saya takut sangat la jelingan maut awak tu?Lagi bertambah sayang adalah.Sepuluh kali awak jeling,sepuluh kali saya sayang.Tapi kalau mata awak dah jadi juling sebab selalu sangat jeling-jeling,jangan merungut ye kalau kurang harga hantaran awak nanti?”
Sempat lagi dia nak kenakan aku.Aku yang sudah jelas-jelas menahan rasa malu akhirnya melepaskan geram dengan mencubit paha Haidar sekuat hati. Mengeliat sakan Haidar menahan sakit.Ha,baru padan muka.Suka sangat nak kenakan orang.
Aku menyimpan semula gambar ketika aku dan Haidar masih lagi bersama.Tak sangka sempat lagi aku berkhayal tatkala melihat gambar kami berdua.Dah jadi kenangan.Tapi hati aku tak benarkan langsung aku buang Haidar dalam kamus hidupku.
Mungkin  Alisa bahagia sekarang ni.Bahagia dengan peluang yang diberikan Haidar padanya.Kau benar-benar beruntung Alisa.Dapat memiliki lelaki yang bernama  Akid Haidar.Apa yang aku harapkan,kau dapat hargai cinta Haidar.Jangan kau sakitkan hati dia lagi macam dulu.
Dari jauh aku hanya memerhati gelagat Haidar dan  Alisa di dalam library.Kata-kataku itu sekadar diucapkan dalam hatiku.
Mata Haidar tiba-tiba membalas pandanganku yang sedang asyik memerhati mereka.Ya Allah,bagai nak luruh jantung aku bila kami saling berpandangan.Cepat-cepat aku berpatah balik untuk keluar dari library.Dari renungan Haidar aku tak pasti sama ada dia memang tak sengaja memandang aku atau memang dia sejak tadi perasan akan kehadiran aku.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ibu,Lia minta maaf sebab tak dapat nak balik jenguk ibu bulan ni.Lia rindu ibu sangat-sangat.Tapi Lia kena siapkan banyak assignment”.
“Sayang,ibu pun rindu Lia sangat-sangat.Tapi,apa yang penting,ibu nak Lia tumpukan perhatian pada kerja Lia tu dulu.Dah nak final kan?Ingat,ibu tak nak anak ibu main-main dalam belajar”.balas ibu berbaur nasihat.Walaupun sekadar bercakap dalam telefon,tapi itu sudah memadai bagiku.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Sure ni kau nak tunggu boyfriend kau datang ambil?”ujarku sambil mengeluarkan motosikal dari parkir .
“Ye,kau baliklah dulu.Kejap lagi dia sampailah.Kau tu bawa motor biar berhemah sikit.Jangan nak menyelit sangat.Macam la aku tak kenal kau tu.”
Aku sekadar ketawa kecil.
“Sayang jugak kau kat aku kan Ika?Jangan risau lah.InsyaAllah aku ingat pesan kau.Tapi kalau benda nak jadi,aku bawak berhemah pun mungkin orang lain yang tak berhemah tu yang “bantai” aku.”
Selamba aku menuturkan kata.
“Mulut tu cubalah jangan cabul sangat.Dah-dah.Sebelum kau nampak Haidar kat sini,lebih baik kau balik cepat.Karang tak pasal-pasal jer….”
“Ok lah.Aku nak baliklah ni.”
Aku meluncur motosikalku dengan berhemah.Entah mengapa hari ni aku tak rasa untuk menunggang laju motosikalku.Sampai di satu simpang aku cuba mengelak dari sebuah kereta yang melulu keluar.Malangnya aku yang terbabas ke sebatang pokok.Dalam keadaan kelam kabut begitu aku cuba cepat-cepat untuk bangun.Belum sempat aku bangun terasa badanku dilanggar dari belakang.Terpelanting aku beberapa meter dari situ.Cecair merah pekat yang mulai menuruni di kepalaku.Pandanganku yang semakin kabur akhirnya menjadi gelap.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Haidar,kau tak pergi hospital ke tengok Kamilia?”sapa  Azrul yang sedang berlari-lari anak untuk ke keretanya.Haidar mengerutkan dahinya tanda tak faham.
“Kau cakap apa ni?Kenapa dengan Kamilia Azrul?”
“Macam mana kau boleh tak tahu.Hampir satu kolej ni dah tahu Kamilia kemalangan tadi.Sekarang dia betul-betul kritikal.Jom lah,aku nak pergi hospital ni.”
Tanpa sebarang persoalan Haidar terus mengikut Azrul ke hospital.
“Kamilia tak pernah cintakan lelaki lain sejak dia kenal dengan kau Haidar.Dia sayang sangat kat kau.Dia sengaja tipu yang selama ni dia tak pernah cintakan kau.Tapi,aku rasa kau dah tahu kenapa dia sanggup tipu kau kan?”.
Sebaik saja mendengar penjelasan dari Syafika,Haidar meraup mukanya tanda kesal.Di fikirannya sekarang hanya terbayangkan wajah Kamilia saja.Dia benar-benar ingin bertemu Kamilia.Sejujurnya,dia sendiri tak dapat terima kata-kata yang diucapkan Kamilia tempoh hari.Sepanjang hubungannya kembali terjalin bersama Alisa,wajah Kamilia masih lagi tak lekang di kotak fikirannya.Biarpun adakalanya dia sengaja membuat muka benci bila terserempak dengan Kamilia,tapi dalam hatinya,dia sebenarnya terlalu rindu untuk menatap wajah Kamilia Aryna.Perasaan benci itu cumalah dibuat-buat sebagai tanda dia marah dengan apa yang telah dilakukan oleh Kamilia.Biarpun hubungannya dengan Alisa sudah kembali terjalin,namun dia sejujurnya tak bahagia.Rasa cinta pada Alisa satu ketika dulu telah mulai pudar sikit demi sedikit sejak Alisa pergi meninggalkan dirinya untuk bersama orang lain satu ketika dulu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terasa badanku lemah tak berdaya.Bunyi mesin penyambung hayat yang entah sejak bila bersambung di tubuh badanku begitu meresahkan aku.Aku cuba sedaya upaya untuk mencelikkan mata.Tapi,aku benar-benar tak mampu.Aku dapat menangkap suara tangisan seseorang yang teramatlah aku rindui.Ya,itu suara ibu.
“Keadaan anak makcik amat kritikal sekarang ni.Kami tak berani nak bagi apa-apa jaminan.Kita tunggu sampai esok pagi,kalau Kamilia masih tak beri apa-apa respon,pihak hospital terpaksa tanggalkan mesin penyambung hayat ni.”
Tangisan lain pula yang tertangkap di hawa telingaku.Suara garau itu teresak-esak menahan tangis.Ya Allah,sudah sampaikah ajalku Ya Allah.Jika benar,kau berilah peluang padaku untuk memohon keampunan dari ibu,abah dan sahabat-sahabatku.
Alunan surah Yassin semakin mendebarkan hatiku.Terasa semakin hampir ajalku.
Haidar,maafkan saya Haidar.Hanya Allah saja yang tahu betapa saya cintakan awak.Saya cuma nak tengok awak bahagia.Saya tak pasti apa yang buat awak menangis bila tengok keadaan saya macam ni.Mungkin tinggal rasa simpati.Kasih sayang awak mungkin dah lenyap sejak saya kata saya tak pernah cintakan awak hari tu.
Sesungguhnya aku tak mampu lagi melawan kesakitan ini.Terlalu sakit.Terasa tanganku disentuh lembut.
“Kamilia sayang,awak kena kuat.Awak tak boleh tinggalkan saya.Saya dah tahu perkara sebenar dari Ika.Awak tipu saya yang awak tak pernah cintakan saya.Tapi sebenarnya awak sengaja cakap macam tu sebab nak buat saya benci awak.Tolonglah Kamilia.Awak kena buka mata untuk saya.Kalau betul awak memang dah tak mampu nak bertahan lagi,tolonglah buka mata sekejap saja untuk saya.Lepas tu kalau awak dah tak mampu,saya redha Kamilia.Saya rindu nak tatap mata awak.Saya cintakan awak.Buka mata sayang…”
Hatiku dipagut sayu.Semakin kuat kedengaran sedu sedan Haidar.Airmataku berlinangan.Aku cuba sedaya upaya untuk membuka mata.Aku benar-benar rindukan Haidar.Mungkin ini adalah peluang terakhir bagiku.Aku nak tatap wajah ibu,sahabatku Ika dan Haidar buat kali terakhir.Dengan semangat yang masih bersaki baki dalam diriku akhirnya perlahan-lahan mataku dicelikkan.
“Makcik,Kamilia dah sedar mak cik,”
Haidar begitu gembira melihat aku sudah membuka mata.Ibu pula mencium dahiku bertalu-talu.Airmata ibu masih lagi berlinangan.Doktor Shahir tersenyum sambil menanggalkan alat penyambung hayat ditubuhku.
“Alhamdulillah awak dah sedar Kamilia.Saya tahu awak kuat.Saya janji saya akan jaga awak baik-baik lepas ni.Tolong jangan tinggalkan saya lagi.”
Mendengar kata-kata Haidar,terasa hatiku dipanah kesayuan.Mana mungkin kami dapat bersama.Lagipun aku takkan rampas kebahagiaan Alisa.Aku tahu Alisa benar-benar bahagia di samping Haidar. Segalanya mustahil.Aku benar-benar tak mampu bertahan lagi saat ini.Lidahku terasa kelu untuk berbicara.
“Kau jangan tinggalkan aku lagi Kamilia.Aku rindu kau sangat-sangat.”
Ika menggengam erat tanganku sambil menyeka air matanya.
Terasa kelopak mataku diletakkan gam.Sudah tak mampu untuk aku menahannya lagi.Aku cuba mengukir senyuman semanis yang mungkin buat tatapan mereka di sekelilingku.Akhirnya perlahan-lahan mataku tertutup rapat.Serentak itu mesin jangka hayat berbunyi nyaring tapi mendatar tanda aku sudah pergi buat selama-lamanya.
“Maafkan saya.Pesakit sudah meninggalkan kita semua.Allah lebih sayangkan dia”.
 Doktor muda yang tadinya  baru saja menanggalkan alat penyambung hayat ditubuhku menarik selimut perlahan menutupi wajahku.
Ruang itu akhirnya meledakkan suara tangisan siapa saja yang berada di situ.Suara ibu,suara sahabatku Syafika,dan yang paling ketara adalah suara Haidar.Haidar bukanlah seorang lelaki yang senang mengalirkan airmata.Apatah lagi untuk meraung kesedihan begini.
Selamat tinggal semua.Maafkan aku kerana tak mampu bertahan.Sudah tertulis di jalan takdir,aku pergi dulu sebelum kalian.Ibu,maafkan Kamilia sebab tak dapat nak cium ibu buat kali terakhir.Tapi Kamilia bersyukur sebab dapat tengok wajah ibu.Ika,kau adalah sahabat aku yang paling terbaik yang pernah mendampingi aku selama ini.Terima kasih sebab kau selalu ada dengan aku dalam apa jua keadaan.
Akid Haidar,ucapan sayang awak di saat-saat terakhir saya benar-benar menusuk ke setiap lohong hati saya.Biarpun saya dah tak ada lagi,sekurang-kurangnya awak tahu,saya sebenarnya cintakan awak.Itu sudah cukup buat saya tenang dalam lena yang panjang ini.Awak kena kuat untuk teruskan hidup tanpa saya.Cinta tak semestinya bersatu.Tapi mengenali insan yang bernama Akid Haidar adalah perkara yang paling terindah dalam hidup saya.Dan ianya umpama anugerah paling terindah buat saya biarpun bukan takdir saya untuk memiliki awak secara mutlak.Apa yang perlu awak tahu,cinta saya pada awak takkan pernah lekang dimamah masa biarpun saya bakal meninggalkan awak sejauhnya.Biarpun mata ini telah tertutup buat selamanya,cinta dan sayang saya tetap ada untuk awak.
Terasa aku sudah dijemput untuk ke alam lain.Aku perlu segera pergi.Tak sanggup aku untuk melihat wajah sugul insan- insan yang telah aku tinggalkan.Aku bukan lagi penghuni alam maya ini.Aku sudah kembali ke penciptaku.Ya,hakikat yang perlu aku terima dan aku perlu bersedia untuk menghadapi alam baru ini seterusnya meninggalkan Haidar buat selamanya.
-Tamat-


readmore »»  

Cerpen : Adreena Sofea II


Sudah genap  sebulan lebih kami berumah tangga.Esok kami bakal berbulan madu di Paris.Destinasi bulan madu yang pernah menjadi angan-anganku ketika zaman remaja.Tak sangka bakal jadi kenyataan.Dan tiba-tiba fikiran melayang kembali ke zaman persekolahanku yang begitu manis.Aku dan Dania bersahabat sejak di bangku sekolah menengah lagi.Bagaikan di rancang kami berjaya melanjutkan pelajaran ke university yang sama dan secara kebetulan kami bekerja di pejabat yang sama.Cuma sekarang Dania sudah bekerja di tempat lain.Persahabatan kami begitu utuh sehingga ke hari ini.Bagiku dialah sahabat terbaik yang aku ada.
*********************************
Malam itu aku menghabiskan masa mengemas pakaian untuk berbulan madu esok.Setelah memastikan semua keperluan sudah di masukkan ke dalam bagasi,aku turun ke bawah.Dari jauh aku lihat suamiku sedang kusyuk menonton televisyen.
“Abang tengok cerita ape tu,”soalku sambil melabuhkan punggung di sebelah suamiku.
“Ala,drama melayu sayang.Romantik la drama ni sebab tu abang tengok.Sesuai la dengan abang yang baru berkahwin ni,”balasnya sambil tersenyum mesra.
“Yeke baru kahwin?Bukan dah sebulan ke?”balasku kembali cuba bergurau.
“Sebulan tu baru la sayang.Semua barang dah siap ke?”
“Dah siap boss!Semuanya beres!Cuma tunggu untuk berangkat jer esok.Tak sabar la nak pergi Paris.Ni first time Fea dapat pergi luar negara,”ujarku bersungguh.
“Yeke sayang.Takpe.Hari yang bahagia bakal tiba esok.Paris!Here we come!”.Teriak suamiku sambil mengangkat tangan ala-ala ultraman.Aku tergelak kecil melihat gelagat suamiku yang begitu menyenangkan hatiku.
“Sayang tunggu ye nanti.Ada sesuatu yang abang nak janji pada Fea betul-betul atas puncak Menara Eiffel”.Satu kucupan singgah di dahiku.Aku sekadar mengganguk sambil merebahkan kepala di ribaan suamiku.Sungguh bahagia saat ini.
**************************************
Alhamdulillah.Kami selamat sampai selepas di Paris.Bagaikan mimpi aku kini berada betul-betul di hadapan Menara Eiffel yang menjadi simbol ikon negara Paris.
“Cantiknya Menara Eiffel ni.Tapi Fea gayat la nak naik sampai puncak tu,”
“Sayang ni,jangan la macam tu.Abang dah janji nak bawak Fea naik kat atas puncak menara ni.I’ve got something to tell you dear.Jangan takut ok.Abangkan ada,”balas suamiku cuba meyakinkan aku.Jari jemariku digenggam kemas.Aku rasa lebih yakin dan perasaan gayat itu mula hilang sedikit demi sedikit.
**********************************************
“Alhamdulillah.Dah sampai pun kita kat puncak Menara Eiffel ni.Fea takut lagi ke?”ujar suamiku sambil tersenyum.
“Eh,takde lah.Fea ok jer.Dah berani sikit,”balasku sambil tersenyum .
“Ha,macam tu wife abang,”aku masih lagi berada di rangkulan suamiku.Dari atas,pemandangan begitu cantik sehinggakan aku gagal untuk berkata apa.Kami berada di ketinggian 276 meter dari bawah.
“Fea sayang.Bersaksikan puncak Menara Eiffel ni,abang dengan seikhlas hatinya berjanji akan terus setia mencintai insan yang bernama Adreena Sofea selagi abang hidup kat dunia ni,”ucapan suamiku benar-benar menyentuh hatiku.Tiba-tiba butir jernih mengalir perlahan dari pipiku.Ucapan seindah itu begitu menyentuh nuraniku sebagai seorang isteri.
“Terima kasih abang.Fea pun berjanji akan terus setia mencintai abang selamanya,insyaAllah.”.
Suamiku merenung mataku.Perlahan-lahan airmataku disapunya.Satu kucupan mesra hinggap di pipiku.
“Fea nak tahu satu rahsia tak?”.
“Rahsia?Rahsia ape tu?,”.
“Nama pun rahsia sayang,mana boleh beritahu”,usik suamiku.
Aku mendengus geram.
“Isy abang ni main-main pulak.Tadi abang yang Tanya Fea nak tahu tak rahsia tu,”entah mengapa ringan saja aku mencubit pinggang suamiku.
“Adoi..sakit la sayang.Tapi sedap..Ala,abang gurau je la,”.
“Ha padan muka.Cepat la,Fea nak tahu rahsia tu,”.
Tanpa di sedari gelagat kami diperhati sepasang kekasih warga Jepun.Mereka menguntum senyuman melihat gelagat kami sebentar tadi.
“Fea la.Cubit abang,tengok couple Jepun tu dah tengok kita.Ha,nak tahu rahsia kan?Kiss me first”,dia mengerlingku dengan pandangan nakal.
“Dah-dah.Abang ni mengada tau.Nak kena cubit lagi kot ni?”.
“Tak nak la cubit.Sakit tau.Baiklah abang bagitau sekarang ok?Sebenarnya abang dah lama sukakan Fea tau tak.Sejak first day kita jumpa lagi.Tapi abang ni pemalu sikit.Sebab tu la abang tak tunjuk ape-ape reaksi masa kita kat pejabat dulu,”.
“Yeke?Pemalu la sangat abang ni.Jadi dalam diam-diam abang suka Fea ek?Tak malu la abang ni”,usikku.
“Eleh..Macam la abang tak tahu,Fea pun dah lama suka abang kan?Saje control je.Betul tak?”.
Aku tergelak kecil sambil menafikan kata-kata suamiku.Padahal memang betul pun aku dah lama sukakan dia.
********************************************
Setelah pulang dari bulan madu kami berdua kembali bertugas di pejabat seperti biasa.Aku mendapat panggilan dari Dania.Berita yang agak mengejutkan,Dania menjemputku ke majlis pertunangannya bulan depan.
“Kau biar betul Nia.Bila yang kau bercinta?Ade pakwe tak cerita pun kat aku.Sampai hati yer,”ada nada rajuk dalam percakapanku.
“Ala Fea.Aku bukan tak nak cerita kat kau,tapi kami baru jer kenal.Dia terus nak masuk meminang.Aku pun terima jer la,”terang Dania.
******************************************
Aku mengenakan pakaian sedondon dengan suamiku untuk menghadiri majlis pertunanangan Dania.Warna ungu muda menjadi pilihanku.Kurang sejam aku kami sampai di majlis pertunangan Dania,aku mula rasa tak sedap badan.Kepalaku berdenyut-denyut secara tiba-tiba.Dengan nada kesal aku meminta diri untuk pulang lebih awal.Dania benar-benar memahamiku.
“Takpe,aku faham.Kau balik la rehat ok.Kau dah datang ni pun aku dah happy sangat-sangat. Tapi kan,aku rasa kau tu macam dah....”
“Eh kau ni.Memandai jer.Aku kan ade migraine.Biasala pening-pening ni,”aku cuba memotong kata-kata Dania.Aku tahu,dia akan mengatakan aku mengandung.Masih awal untuk aku hamil fikirku.Semasa perjalanan pulang,peningku semakin menjadi-jadi.Tekakku rasa loya hendak muntah.Suamiku terpaksa memberhentikan kereta di tepi untuk aku muntah.Begitu risau riak wajahnya.
“Sayang ok tak ni.Kita pegi klinik ok,”aku sekadar menurut.Terasa tak berdaya untuk berkata apa-apa.
“Tahniah!Isteri Encik mengandung dua bulan,”.Berita yang disampaikan doktor itu benar-benar buat suamiku gembira.
“Masin mulut kau Dania,”bisikku dalam hati.
Aku begitu bahagia saat ini.Aku bakal melahirkan zuriat untuk suamiku yang tercinta.Dan zuriat ini bakal mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan kami.
***************************************
“Sayang jangan buat kerja berat-berat tau.Abang tak nak jadi apa-apa kat Fea dan baby nanti,”pesan suamiku bersungguh.
“Baiklah Encik Qaisy Qayyum.Fea tak buat kerja berat-berat.Buat kerja ringan-ringan je,”
Suamiku menguntum senyuman.Senyuman itu adalah senyuman yang begitu manis dalam hidupku.
Aku mengambil cuti pada hari ini atas desakan suamiku.Loyaku yang menjadi-jadi pagi tadi memaksaku untuk duduk di rumah saja hari ini.
“Assalamualaikum.Nia,kau busy tak sekarang?”.
Oleh kerana  terlalu bosan duduk di rumah aku menelefon Nia.Lagipun aku belum memberitahu berita baik ini kepadanya.Pasti dia akan membebel tak henti sebab aku lewat beritahu tentang kehamilanku.Aku sudah masak benar dengan Nia.
“Waalaikumsalam Cik Adreena Sofea.Tak lah.Aku tak busy pun.Sekarang kan waktu lunch.Aku stay kat office jer.I’m on diet.Aku dah lama tak keluar lunch,”.
“Kau diet?Biar betul kau ni Nia.Setahu aku,kau kalau lambat makan sikit mulut macam popcorn tau.Mesti bising merungut lapar,”.
Aku cuba menduga kerana selama bersahabat dengannya,Dania sangat juara dalam bab makan ni.Sesuai dengan tubuhnya yang montel-montel comel tu.
“Kau tak percaya aku ke Fea.Betul la aku diet.Sekarang berat aku dah turun.Lagipun aku kenala diet.Takut roboh pulak pelamin aku tu nanti,”.
Ujar Dania dalam nada berseleroh.Aku tergelak kecil mendengar lawaknya.
“Macam-macam la kau ni Nia.Nia,aku dah pregnant tau.Dah  dua bulan lebih.Masin betul mulut kau,”kataku sambil bersedia untuk menerima leteran dari Nia.
“See!Aku dah agak.Kau ni Fea,good news macam ni selalu jer lambat bagitahu aku erk?Sampai hati kau.Anyway congrats babe!I’m happy for you!,”.
Aku menarik nafas lega.Mujur kali ini leterannya agak pendek.
“Thanks babe.Ala,aku lambat bagitahu pun sebab nak balas dendam kat kau sebab kau lambat bagitahu aku yang kau tu dah ade pakwe haritu,”usikku lagi.
“Yelah-yelah.Kau jaga baik-baik kandungan kau tu.”.
“Baiklah Cik Dania.InsyaAllah aku akan jaga kandungan ni dengan baik.,”.
“Bestnye kau dah nak dapat baby.Mesti baby kau nanti gorgoes giler sebab papa dia hensem,mama dia cun.Cuma maybe akan sepet sikitlah sebab ikut mata papa dia,”aku tergelak kecil di hujung talian mendengar celoteh Nia.
******************************************
Diam tak diam sudah masuk 4 lebih bulan kandunganku.Dua tiga hari lagi Dania akan naik pelamin dengan jejaka pilihannya.Cuma aku begitu bimbang.Harith kembali menggangu aku.Ingin saja aku beritahu Suamiku tentang hal ini.Tapi aku bimbang suamiku beranggapan lain pula jika dia mendapat tahu Harith adalah bekas teman lelakiku.
Tiap hari ada saja mesej dari Harith yang benar-benar membuatku rimas.Bukan dia tak tahu aku ni dah jadi isteri orang.Hari ini Harith makin berani.Dia menelefonku berulang kali tapi sekali pun aku tak jawab panggilan darinya.
“Sape call tu sayang?,”aku tersentak dengan sapaan suamiku sambil tangannya ligat memakai tali leher.
“Er..Tak de sape. Orang tu silap nombor kot,”jawabku tergagap-gagap.
“Are you okay sayang?Kenapa muka pucat ni?Kalau tak sihat,Fea ambil cuti je la hari ni,”.
Aku menggelengkan kepala perlahan tanda aku tidak apa-apa.Dalam bulan ini saja sudah  dua kali aku mengambil cuti.Lenganku dipaut perlahan oleh suamiku
“Kalau macam tu tak pe la.Kita turun same-same ye sayang,”.
“Eh kenape ni sayang?Diam jer.Takpun nak suruh abang dukung turun ke bawah ni?”
“Hehe..Abang ni merepek la.Fea dah la berat.Lagipun Fea bukan tak boleh berjalan,”balasku sambil membalas pautan tangan suamiku.
Layanannya terhadapku semakin mesra sejak aku mengandung.Dia begitu mengambil berat tentangku.Hendak turun tangga pun dituntun.Adakalanya rimas juga diperlakukan seperti orang sakit,tapi bila memikirkan memang sifat semula jadi suamiku yang mengambil berat akan sesuatu perkara,aku biarkan saja.
*******************************************
Hariku di pejabat agak suram.Mana tidaknya,Harith semakin menggila menelefonku.Kali ini dia menelefon nombor pejabat pula.Akhirnya aku terpaksa menjawab panggilannya.
“Adreena Sofea.At last awak jawab jugak call saya.Ingatkan dah tak sudi nak jawab,”suara yang bernada sinis di hujung talian benar-benar membakar hatiku.
“Awak nak ape lagi ni Harith.Tolong jangan ganggu saya lagi boleh?Saya dah bersuami.Tolonglah hormat sikit!,”nada suaraku tiba-tiba menjadi tinggi.Menyedari rakan pejabat memandang ke arahku,aku cepat-cepat meletak gagang telefon.
Beberapa minit selepas itu suamiku keluar dari biliknya.Dalam hati aku berdoa agar Harith tidak akan menelefonku lagi.
“Kenapa ni Fea?Macam baru lepas marah orang jer?Cuba senyum sikit,”.
“Tak de pape la abang.Mana ada Fea marah orang.Pandai-pandai je abang ni,”balasku sambil berpura-pura ketawa.
Aku menarik nafas lega.Harith tidak menelefonku lagi.Jika tidak aku sendiri tidak tahu alasan apa yang perlu aku berikan pada suamiku nanti.
****************************************
Hujung mingguku digunakan sebaik mungkin untuk merehatkan mindaku dari stress yang aku hadapi sejak kemunculan semula Harith.Aku sudah siap menyediakan sarapan buat suamiku.Tiba-tiba aku teringatkan telefon bimbitku yang berada dalam kamarku.Tergesa-gesa aku naik ke atas untuk mengambil telefon bimbit bimbang Harith menelefonku lagi.Oleh kerana terlalu tergesa-gesa aku tersepak anak tangga dan akhirnya aku tergolek-golek ke tingkat bawah.Kepalaku terhentak kuat ke lantai.Sakitnya bukan kepalang.Aku gagahkan diri untuk bangun.Saat melihat cecair merah pekat mengalir di pahaku,pandanganku terus menjadi gelap.
Perlahan-lahan aku cuba membuka mataku.Kepala terasa begitu sakit akibat terhantuk kuat.Aku cuba segagah mungkin untuk bangun.Cepat-cepat suamiku membantuku.
“Alhamdulillah Fea dah sedar.Kejap lagi ayah dan mak Fea sampai,”.
Aku sekadar mengganguk.Persoalan yang kini berada dalam fikiranku hanyalah bagaimana keadaan kandunganku.
“Abang,macam mana dengan kandungan Fea?,”.
Aku lihat riak wajah suamiku berubah.Dia memandang sayu wajahku.
Soalan yang sama aku ajukan berkali-kali pada suamiku.
Perlahan-lahan dia menghampiriku.Di usapnya perlahan ubun-ubunku.
“Fea keguguran,”pendek jawapannya.
Namun jawapan yang pendek itu cukup melukakan hati aku.Aku menangis semahu-mahunya.Suamiku memelukku erat cuba menenangkanku.
“Bukan rezeki kita Fea.Fea kena redha,”.
“Maafkan Fea abang.Semua ni salah Fea.Fea cuai sangat,”.
“Jangan la cakap macam tu.Semua ni takdir sayang.Abang redha dan abang tak salahkan Fea pun,”.
“Fea janji lepas ni kalau ade rezeki kita lagi,Fea tak kan cuai lagi,”.
Ucapku bersungguh walaupun masih tersedu-sedu menahan tangisan.
Sekali aku lihat wajah suamiku berubah.Dia menggelengkan kepala perlahan.
“Tak Fea.Doktor dah sahkan keguguran Fea menyebabkan Fea dah tak boleh mengandung lagi”.
Mendengar kenyataan itu bagaikan duniaku sudah tidak beerti lagi.Semuanya tiba-tiba menjadi kelam.Suamiku memeluk erat tubuhku.Dia cuba menenangkan diriku yang seperti orang gila.Meronta-ronta aku minta dilepaskan.Akhirnya suamiku meminta bantuan doktor untuk memberikan suntikan penenang.Saat jarum suntikan hinggap di bahuku,perlahan-lahan aku menjadi lemah.Hanya tangisan yang masih bersaki-baki.
**********************************************
Hari ini aku sudah di benarkan pulang ke rumah.Terasa berat untukku melangkah.Layanan suamiku tetap seperti dulu.Dia masih melayani aku dengan baik.
“Sorry Fea.Aku tak sempat nak tengok kau kat hospital.Tadi aku pegi hospital,tapi kau dah keluar,”.
Dania melawatku.Aku lihat wajahnya pucat lesu.Matanya bengkak seperti orang baru menangis.
“Its okay.Aku dah sihat sekarang.Kau datang ni pun dah cukup baik Nia.Kenapa dengan kau ni Nia.Pucat sangat.Mata pun bengkak.Kenapa ni Dania?”.
Senyuman tipis darinya sudah dapat aku baca yang dia ada sesuatu yang dipendam.
“Haidar dah putuskan pertunangan kami semalam.Keluarga dia hantar balik cincin,”.
Aku tergamam seketika.Dengan tenang dia menjelaskan padaku yang Haidar kembali kepada kekasih lamanya yang tiba-tiba muncul.
Tiada air mata yang dititiskan Dania.Aku tahu hatinya masih menangis.Haidar adalah satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hatinya.Dan kini dengan selambanya Haidar memutuskan pertunangan mereka padahal hampir siap segala persiapan perkahwinan mereka.
“Aku tak kisah Fea.Aku boleh tanggung malu.Cuma aku kesian kat mak dan ayah aku.Persiapan semua dah hampir siap.Tiba-tiba tak jadi pulak.Aku tak nak diorang tanggung malu dengan orang kampung.Tapi semua ni di luar kuasa aku Fea”.
Aku terdiam tatkala mendengar luahan hati sahabatku itu.
********************************************
Aku merebahkan kepalaku di ribaan suamiku di ruang tamu.
“Abang,maafkan Fea sebab dah tak boleh bagi abang zuriat,”.
Sekali lagi ungkapan maaf itu meniti di bibirku.
“Sudah la tu Fea sayang.Abang tak kisah pun asalkan Fea tetap ade di sisi abang.Pasal anak tu kita boleh ambil anak angkat kan?”ungkap suamiku lembut sambil tangannya membelai-belai rambutku yang sedikit terurai.
Ya Allah,suamiku ini begitu baik sehinggakan dia sanggup mengetepikan nalurinya sebagai seorang lelaki untuk mempunyai zuriat sendiri.
“Kalau Fea nak abang tunaikan permintaan Fea ni,abang sanggup tunaikan tak?”.
“InsyaAllah sayang.Fea nak abang buat ape?”.
“Fea nak abang kahwin dengan Dania,”.
Berhati-hati aku menyusun ayat yang aku sendiri tidak tahu kenapa aku ungkapkan ayat itu pada suamiku.
Suamiku bingkas bangun dari sofa.Aku lihat wajahnya berubah sama sekali.
“Ape yang Fea merepek ni?Abang tak dapat nak tunaikan permintaan Fea.Semua tu terlalu berat untuk abang.Fea tahu kan abang sayangkan Fea,”.
“Abang,Fea buat keputusan ni lepas Fea fikir masak-masak.Hanya ni je jalan untuk Dania dapat tebus maruah keluarganya dan yang penting,zuriat abang sendiri.Fea tahu ape yang abang rasa.Tapi abang pendam je kan sebab tak nak Fea kecil hati,”.
“Maafkan abang Fea.Abang terlalu sayangkan Fea.Abang dah janji yang abang akan setia dengan Fea sampai bila-bila pun.Abang tak boleh nak bahagikan kasih dan cinta abang pada orang lain”.
Tegas ungkapan darinya.Ini adalah kali pertama aku lihat wajah lelaki yang bernama Qaisy Qayyum seserius ini.Tapi gelojak hatiku mendesak lidahku untuk terus memujuk suamiku agar berkahwin dengan Dania.
“Please abang.Kalau betul abang sayangkan Fea,abang tunaikanlah permintaan Fea ni.Fea tak pernah minta apa-apa pun dari abang.Dan Fea harapkan sangat abang tak hampakan permintaan Fea ni”tuturku penuh dengan harapan yang menggunung.
Aku cuba merayu lagi.Jari-jemarinya kemas dalam genggaman ku.Mataku tak terlepas sedikit pun dari menatap mata suamiku yang sudah mula bertakung dengan air mata.Aku juga sebak melihat suamiku.Aku tak berniat langsung menyiksa hati lelaki yang teramat aku cintai itu.Tapi,aku perlu memikirkan masa depan insan-insan yang terlalu bermakna buatku,Qaisy Qayyum dan Dania sahabatku.Airmata yang sedari tadi bertakung di kelopak matanya akhirnya jatuh juga menyembah bumi.Serentak itu suamiku mengganguk perlahan tanda setuju.Sesungguhnya bukan mudah bagiku untuk membuat keputusan sebesar ini.Aku tahu,aku bakal berkongsi kasih dengan sahabat baikku sendiri.Sekarang hanya persetujuan dari Dania.Aku sendiri tak pasti jika dia boleh memenuhi permintaanku.Sepanjang bersahabat dia tak pernah menghampakan apa saja permintaanku.Tapi kali ini permintaanku terlalu berat.
********************************************
“Apa yang kau cakap ni Fea?Kau sedar tak kau cakap ape sekarang ni?”.
Aku mengganguk penuh yakin.Aku memandang matanya dengan seribu satu harapan.
“Nia,kau kesian parent kau kan?Kau tak nak diorang tanggung malu kan?Hanya ni je jalan yang terakhir untuk tebus maruah keluarga kau.Kita dah lama bersahabat Nia.Aku buat semua ni untuk kebaikan kita semua.Kau kenal aku kan Nia.Aku merayu sangat kat kau.Tolonglah setuju...”
Dia sekadar mendiamkan diri seribu bahasa.Lama aku menunggu jawapan darinya.Dua minggu berlalu,akhirnya jawapan yang diberi adalah jawapan yang aku harap-harapkan.Alhamdulillah,Dania bersetuju.Walaupun terasa begitu pedih dalam hati,tapi aku perlu sedar,semua ini datang dari diri aku sendiri.Istilah cemburu pasti ada walaupun sekelumit.InsyaAllah akan aku singkirkan semua itu nanti.
***************************************************
Majilis perkahwinan Dania dan suamiku berlangsung dengan sempurna.Aku dapat lihat riak wajah ibubapa Dania begitu gembira.Dari jauh aku sekadar memandang suamiku dan Dania bersanding dia atas pelamin.Sesekali aku melemparkan senyuman kearah pasangan pengantin baru itu.
“Dania,abang Qaisy dah jadi milik kita berdua.Lepas ni ape saje kita akan berkongsi.Thanks Nia,thanks sebab sanggup tunaikan permintaan Fea,”aku agak janggal membahasakan diri aku “Fea” kerana sebelum ini hanya “aku dan  kau” kata ganti diri yang kami gunakan.Tapi keadaan sudah berbeza.Aku rasa panggilan nama adalah lebih sesuai.Aku lihat Nia juga agak janggal begitu.Tapi aku percaya lama kelamaan semua ini akan menjadi perkara biasa antara kami yang kini telah bergelar madu.
“Nia pun nak ucap terima kasih kat Fea sebab sanggup berkongsi abang Qaisy dengan Nia.Nia harap walaupun sekarang kita dah bergelar madu,tapi persahabatan kita tetap macam dulu”.
Aku memeluk erat Dania.Aku yakin dia bakal melahirkan bayi yang comel untuk abang Qaisy.Tak seperti aku.Aku sudah tidak mampu untuk mengandung lagi.Aku redha dengan takdir ilahi walaupun semua ini terlalu pahit untuk aku terima.
******************************************************
2 bulan kemudian...
Pagi itu aku selepas solat subuh berjemaah bersama,aku turun ke bawah untuk menyediakan sarapan pagi.Selalunya Dania akan membantuku untuk menyediakan sarapan pagi.Entah mengapa pagi ini selepas solat diam terus masuk ke kamarnya.Aku lihat wajahnya pucat semacam.Mungkin dia tidak sihat fikirku.Tapi hati kecilku percaya yang Dania mungkin telah berisi.
Setelah selesai menyediakan nasi goreng kampung,aku terus ke kamar Dania.Suamiku asih dalam bilik air.
Perlahan-lahan aku mengetuk pintu.Namun tak ada sebarang jawapan darinya.Pantas saja tangan aku memulas tombol yang tak berkunci itu.Aku lihat Dania masih lagi tidur.Aku melabuhkan punggung di birai katil Beberapa kali aku kejutkan Dania tapi tubuhnya tetap kaku.Tiba-tiba aku menjadi panik serentak itu aku berteriak memanggil suamiku.
Terkocoh-kocoh suami yang masih bertuala itu masuk ke bilik.
“Kenapa ni Fea?”
“Nia pengsan ni abang.Fea kejut dari tadi tak bangun pun,”
“Fea pergi bersiap cepat.Kita bawak Dania ke klinik”.
Seperti jangkaanku Dania telah mengandung 2 bulan.Aku amat bersyukur walaupun hatiku tiba-tiba dihimpit rasa rendah diri kerana aku tak seperti Dania yang boleh mengandungkan zuriat suamiku Qaisy Qayyum.
Saat doktor mengesahkan Dania hamil 2 bulan,aku dapat melihat betapa gembiranya suamiku.Kegembiraannya tak ubah seperti saat aku di sahkan mengandung dulu.Tiba-tiba hati jadi sayu.
“Tahniah abang,Nia.Lepas ni Nia kena banyak rehat.Kerja rumah semua biar Fea yang buat,”ujarku yang cuba menyembunyikan perasaan yang bergelodak dalam hatiku.
“Tak kan la semua Fea buat.Kesian la kat Fea nanti,”.
Ada nada kurang selesa dari Dania.Aku sekadar terseyum sambil mengganguk perlahan.Suamiku masih lagi dengan senyuman lebarnya.
************************************************
Bagaikan mimpi ngeri, Harith kembali menggangu hidupku.Kali ini dia telah melampaui batas apabila cuba menelefon suamiku pula.Entah bagaimana dia dapat nombor telefon suamiku.Mujurlah suamiku tertinggal telefon bimbitnya hari itu.
Tidur nyenyakku pada malam itu terganggu dek nada dering mesej dari telefonku.
“Fea sayang,saya masih cintakan sama macam dulu.Saya tahu Qaisy dah kahwin sorang lagi.Saya tahu awak pun tak sanggup nak berkongsi kasih kan?Minta cerai dari Qaisy.Lepas edah kita kahwin.Saya boleh bahagiakan awak lebih dari dia”.
Mataku membulat saat membaca pesanan ringkas dari Harith.Dia tak ubah seperti orang hilang akal apabila sesuka hatinya menyuruh aku minta cerai dari suamiku.Ya Allah..Kenapa dia perlu ganggu kebahagiaan aku lagi.
Dengan pantas jari-jemariku menekan punat “read” apabila satu lagi SMS dari Harith masuk.
“Lebih baik awak setuju je kalau tak,awak akan tahu nasib awak.Ingat,saya boleh buat apa saja!Apa saja yang saya nak saya akan pastikan saya dapat”.
Tiba-tiba saja tanganku menggeletar.Ternyata mesej kedua dari Harith berbaur ugutan.Aku bingung saat ini.Apa yang perlu aku buat.Arghh..Sebelum keadaan jadi parah lebih baik aku cerikan hal sebenar kepada suamiku.
Aku tidak dapat tidur langsung malam itu.Semuanya gara-gara ugutan Harith.Malam ini sepatutnya suamiku tidur di kamar aku.Tapi aku sengaja memaksanya untuk menemani Dania.Biarlah aku beralah.Lagipun Dania masih loya dan muntah-muntah.
****************************************
“Abang,Fea minta maaf sebab tak ceritakan hal yang sebenar pada abang.Semua tu fitnah abang,”.
Teresak-esak aku menangis.Ternya Harith lebih awal lagi meracuni fikiran suamiku.Entah sayaitan mana yang telah merasukinya sehingga dia sanggup fitnah aku pernah terlanjur dengannya dulu.
“Abang tak sangka Fea sanggup sembunyikan hal ni dari abang,”.sinis nada suara suamiku.
“Abang,kita dah setahun lebih berkahwin,dan Fea rasa abang lebih tahu diri Fea.Percayalah abang,demi Allah,Fea tak pernah terlanjur dengan Harith.Semua ni fitnah dan tak logic langsung.Fea tak pernah biarkan Harith sentuh Fea walaupun Cuma nak pegang tangan.Dan kalau abang nak tahu,Harith tinggalkan Fea dulu sebab dia bosan dengan sikap Fea yang terlalu jaga batas pergaulan.Dia kata Fea kolot sebab Fea tak benarkan langsung dia sentuh Fea”,panjang lebar peneranganku sambil air mata aku mengalir laju.
“Betul abang.Dania dah lama kenal Fea.Tak mungkin Fea buat hal terkutuk tu.Semua tu fitnah sebab Harith sakit hati dengan Fea,”entah dari mana Dania muncul cuba mengiakan segala penjelasanku.
“Fea tahu,Fea mungkin dah tak bermakna buat abang,tapi tolonglah percaya,Fea tak pernah buat perkara yang terkutuk tu,”.
Tiba-tiba saja suamiku terdiam.Perlahan-lahan dia  menghampiriku yang sedang teresak-esak menangis di birai katil .
“Jangan cakap macam tu sayang.Fea terlalu bermakna buat abang.Abang minta maaf.Abang sepatutnya lebih percayakan Fea dari orang lain.Abang cintakan Fea,tapi abang gagal untuk kenal diri Fea yang sebenar.Abang sayang Fea. Maafkan abang sayang,”.
Tanpa aku sedari aku sudah berada dalam pelukan suamiku.Alhamdulillah,ternyata fitnah dari Harith  tidak berjaya untuk merosakkan hubungan aku dan suamiku.
“Sayang jangan risau.Pasal Harith,abang sendiri akan bersemuka dengan dia.Abang akan pastikan dia tak akan ganggu hidup kita lagi,”.
Aku menarik nafas lega bila mendengar kata-kata suamiku.Dania hanya tersenyum di sudut bilik.
*******************************************

Kini sudah masuk sembilan bulan usia kandungan Dania.Aku lah yang menjaga pemakanannya selama Dania hamil.Aku cuma ingin pastikan dia Dania dan bayi yang bakal dilahirkannya dalam keadaan sihat.Hanya menunggu hari saja untuk Dania melahirkan.Suamiku begitu teruja.Rasa bahagia itu kami bertiga berkongsi bersama.Aku sekuatnya melawan rasa cemburu dek bisikan syaitan.Alhamdulillah,perasaan cemburu itu makin pudar dari hari ke hari.Rasa cemburu bertukar menjadi sayang.Tiada apa yang perlu aku cemburukan kerana suamiku bijak menjadi seorang suami yang adil.Harith pula selepas peristiwa itu hilang entah kemana.Entah apa yang suamiku katakana kepadanya sehinggakan dia seolah-olah akur bahawa aku tidak mungkin kembali kepadanya.Ada juga khabar angin yang mengatakan dia sudah bertunang.Berita itu membuatkan aku lebih tenang.
Aku menghabiskan hujung minggu dengan Dania.Taman mini idea suamiku adalah sudut kegemaranku di rumah ini.
“Fea,ape yang berlaku kat Nia sekarang ni macam mimpi je tau.Nia bakal bergelar ibu.Kita berkongsi suami yang sama.Nia nak minta maaf kat Fea kalau ada perlakuan Nia yang buat Fea kecil hati,”ikhlas tutur bicaranya.
“Takdir lebih mengetahui segalanya Nia.Fea pun nak minta maaf kalau Fea ada buat Nia kecil hati,”balasku.
“Fea,andai kata Nia tak sempat nak tengok anak Nia nanti,Nia harap Fea dapat besarkan anak Nia macam anak Fea sendiri,”ujar Nia sayu.
“Jangan cakap macam tu Nia.InsyaAllah,Nia akan selamat bersalin nanti,Nia jangan risau.Nia,Fea dan abang Qaisy,kita akan sama-sama besarkan anak Nia ok?”.
Aku memeluk erat Nia.Kata-katanya membuatkan aku tiba-tiba rasa takut.Aku takut kehilangan Nia.Aku terlalu sayangkan Nia.Dia adalah sahabatku dunia akhirat.
*************************************************
Masa berlalu dengan pantas tanpa aku sedari.Pagi tadi Dania sudah mengadu sakit.Cepat-cepat aku bawa Dania ke hospital.Suamiku yang berada di tempat kerja juga tergesa-gesa ke hospital selepas mendapat panggilan dariku.
Hatiku berdebar-debar.Entah mengapa perasaanku menjadi risau yang teramat sangat.Manakan tidak,aku lihat Dania begitu seksa menahan kesakitan semasa dalam perjalanan ke hospital tadi.Terketar-ketar aku memegang stereng kereta.Tak sampai hati aku lihat Dania kesakitan begitu.
“Fea,Dania dah masuk bilik bersalin?”.
“Dania dah masuk tadi.Abang,Fea risau sangat tengok Nia tadi.Dia Nampak lemah sangat.”.
Suamiku mula menjadi gelabah tak tentu arah.Dia berjalan mundar-mandir di hadapanku.Risaunya bukan kepalang.
“Awak suami Puan Dania?,”sapaan doktor lelaki setengah abad itu membuatkan suami tercegat seketika.
“Ya,saya suami Dania.Macam mana dengan isteri saya doktor?”.
“Tahniah,encik dapat bayi kembar perempuan.Tapi...”.Tiba-tiba kata-kata doktor itu terhenti seketika.
“Tapi apa doktor?”,suamiku mendesak doktor untuk menghabiskan ayatnya.
Hatiku bertambah risau.Dari riak wajah doktor itu,aku dapat membaca ada sesuatu yang kurang baik ingin disampaikan.Jantungku tiba-tiba berdegub kencang.Aku mendekati suamiku menanti doktor itu menghabiskan ayatnya.
“Maafkan saya.Harap encik bersabar.Kami tak dapat selamatkan isteri encik. Tuhan lebih sayangkan isteri encik.Sekali lagi saya minta maaf”.
Terkedu suamiku seketika.Kelopak matanya sudah berair.Akhirnya dia jatuh terduduk.Air mataku mengalir laju.Semua ini bagaikan mimpi.Dania,telah pergi buat selamanya.
“Abang”..panggilku perlahan.Suaraku seakan-akan tersekat di kerongkong.
Aku dipeluk suamiku seerat yang mungkin.Saat itu suamiku menangis semahu-mahunya.
Air mataku mengalir laju saat melihat sebujur tubuh terbaring kaku di atas katil itu.Serentak itu kenangan bersama Dania memenuhi ruangan mindaku. “Kalau Nia tak sempat nak tengok anak Nia nanti,Nia harap Fea dapat besarkan anak Nia macam anak Fea sendiri,”kata-kata Nia tempoh hari kembali terngiang-ngiang di telingaku.
Aku bertambah sebak melihat sepasang bayi perempuan yang comel dipangku oleh jururawat.
“Ini anak kembar encik.Comel persis arwah ibunya,”.
Perlahan-lahan aku memangku salah seorang bayi itu.Suamiku pula memangku bayi yang seorang lagi.
Selesai mengiqamatkan bayi kembar yang comel itu suamiku mendekati jasad kaku Dania.
“Dania dah lahirkan zuriat yang sempurna untuk abang.Terima kasih sayang.Abang janji akan jaga bayi kita sebaik mungkin.Walaupun takdir dah tertulis Dania akan pergi dulu,tapi percayalah,kehadiran Dania dalam hidup abang adalah satu anugerah walaupun hanya buat sementara.Rehatlah dengan tenang disana”.Kalimah penuh syahdu itu dilafazkan dengan nada suara yang begitu sayu sambil menghadiahkan kucupan terakhir buat Dania.
***************************************************

Darwina dan Darwisya.Tanda kasih dan sayang Dania terhadap aku dan Qaisy Qayyum suamiku.Aku telah berjanji akan membesarkan anak-anak Nia seperti anakku sendiri.Walaupun Dania telah jauh meninggalkan kami,namun kenangan manis bersamanya tetap tersemat indah dalam diriku.Walau bagaimana pun hidup mesti diteruskan.
Kehidupan aku lebih bermakna dengan kehadiran sepasangan bayi comel ini.Anugerah dan terindah dan besar maknanya buatku dan suamiku yang tercinta.
Aku mendongak ke langit yang biru.
“Terima kasih Dania.Fea akan rindukan Nia selalu.Semoga Nia tenang dan berbahagia di sana”.
Bisikku perlahan.Tanpa aku sedari airmataku mengalir perlahan.
“InsyaAllah,Dania akan berbahagia di sana.Semoga arwah ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman,”.
Aku tersentak apabila bahuku dipegang dari belakang.
“InsyaAllah abang”,balasku sambil menyeka airmata di hujung lengan.
Semoga kebahagiaan kami akan membuatkan Dania turut tersenyum di atas sana.
p/s:karya kedua dari saya sambungan dari Adreena Sofea..Maaf kalau ade kekurangan.. :)
-----TAMAT-----

readmore »»