Pengikut VVIP

Tuesday, 7 June 2016

Tragedi 12 Mac 2016

Assalamualaikum..

Dah lama kumpul kekuatan nak berkongsi segala apa yang dah jadi.
Entahlah. Mulut saja mengaku kuat, tapi sehingga ke detik ni pun butir jernih juga iringi bait-bait ayat yang aku tulis ni.

12 March 2016.

Langsung tak terdetik dalam hati yang aku bakal terlibat dalam kemalangan di lebuhraya MRR2. Kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawa aku. Tapi Allah beri peluang kedua. Masih beri aku peluang untuk bertaubat. Allah maha penyayang.

Entah macam mana aku dah terbaring atas jalan. Aini tarik aku letak di pangkuan riba dia sambil bersungguh mintak maaf.
"Takpa wey. Benda dah nak jadi," sempat lagi aku cakap masa tu walaupun darah dah lencun di baju. Aku ingat lagi time tu Aini pun darah berhamburan di kepala. Lepas tu aku dah tak ingat apa-apa.

Aku tak tahu langsung macam mana aku diusung masuk ke dalam ambulans. Langsung tak ingat dan tak sedar apa-apa. Sedar-sedar saja aku dah ada di atas katil PPUKM. Mak, abah, nana dah ada dengan aku masa tu. Mungkin masih di bawah pengaruh morfin, aku jadi seperti di awang-awangan. Blurr.. tak tahu apa.

Tangan tak boleh bergerak.

Saat paling sedih dalam hidup aku. Aku hilang daya untuk gerakkan tangan kanan aku. Hilang rasa. Kosong. Allahu.. perasaan tu rasa macam hidup aku dah tak bermakna. Gelap. Paling teruk, sampaikan aku pernah terfikir, kenapa Allah tak ambil nyawa aku terus. Tapi aku yang tak sedar diri, betapa Allah kasihkan aku. Aku banyak dosa. Allah masih beri aku kesempatan untuk bertaubat. Malahan Allah bantu aku dengan setiap kesakitan yang aku rasa untuk hapuskan dosa-dosa aku. Dasar manusia tak tahu bersyukur.

So far, aku dah 4 kali jalani pembedahan. First, cuci luka masa accident. Second, betulkan rahang yang patah.Third, tampal kulit paha kat luka tangan, and the last one, ( i hope this is the last one) buat pemindahan saraf dan tampal kulit buat kali kedua. Seksanya Allah saja yang tahu.

And sekarang aku masih lagi menanggung sakit. Yang teramat sangat. Sukar nak jelaskan macam mana setiap kesakitan tu.
Dan sekarang, sakit di dalam telapak tangan memang aku rasa setiap hari. Sakit yang Allah saja tahu macam mana. Aku redha. Allah yang bagi.

Memang aku sedih. Memang aku kecewa. Niat aku sambung degree ni untuk ubah nasib keluarga. Nak tolong mak abah. Tapi bila dah jadi macam ni, mak abah terganggu punca pendapatan. Sebab terpaksa ulang alik ke KL untuk teman aku di hospital. Nana adik aku pulak, terpaksa kerah tenaga, korbankan masa muda. Untuk aku. Ya, untuk seorang kakak yang dah tak mampu nak gerakkan tangan kanan lagi.

Boleh dikatakan hari-hari aku menangis. Sedih. Kecewa yang teramat sangat. Bukan mudah nak harungi hidup dengan sebelah tangan. Aku nak ikat rambut, nak pakai tudung, baju semua harapkan bantuan orang. Susah nak gambarkan perasaan tu. Aku cuba kumpul kekuatan. Sedikit demi sedikit. Aku selitkan harapan yang tangan aku dapat bergerak semula. Air mata yang mengalir aku sapukan pada tangan kanan aku. Sambil tersedu mohon Allah sembuhkan tangan aku.

Aku tahu, Aini rasa bersalah sangat sebab dia yang bawak motor time tu and aku bonceng dia. Untuk teman dia pergi interview. Aku tak pernah salahkan dia. Dah tertulis. Ni ketentuan Allah. Kena terima. Redha. Nak salahkan siapa? Bas mahligai ekspress yang langgar lari tu? Entah. Aku hilang rasa. Aku tak tahu nak fikir macam mana. Malas nak sakitkan hati yang dah ternyata sakit ni.

Mohon doakan aku terus kuat. Perjalanan aku masih terlalu jauh. Semoga Allah pinjamkan sedikit kekuatan dariNya untuk aku. Aamiin.

readmore »»  

Sunday, 10 January 2016

2016 ~ Learn For Yesterday, Live For Today, Hope For Tomorow

Assalamualaikum..

Penat sudah bertarung dengan FYP.. And finally im done :D
Siap sudah hantar hard cover.. alhamdulillah.. Rasa seketoi batu terkeluar dari kepala otak..hehe..
Just menghitung hari menunggu result and menghabiskan praktikal di Bahagian Teknologi MARA.


Oh ya, alhamdulillah dah start praktikal di MARA. Belajar pun kat Kolej Universiti Poly-Tech Mara kan, memang tak dapat ler nak berpisah dengan MARA.Elaun tak ade.. Survive la sendiri dengan duit yang ada. Tak apa, rezeki Allah tu luas. Actually sebelum ni dah start praktikal kat Jalan Loke Yew, tapi tempat sebelum ni tak kena dengan course, so terpaksa tukar.
First day macam okay kat MARA nih. Harap-harap sampai 3 bulan semuanya okay.. Yang penting ilmu and pengalaman yang penting bak kata si dia.. hehe..

Bukan senang nak senang weh. Tapi alhamdulillah, berkat doa family, sokongan yang tersayang, kawan-kawan, akhirnya dapat selesaikan semuanya satu persatu. Tolong doakan result saya lulus semuanya, tak sanggup nak resit exam. Bayangkan kalau tak lulus jugak resit exam, kena repeat semula.. mintak simpang lah.. takut sangat.. Tak sabar ank habis.. Banyak impian and target lepas habis praktikal ni.. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Semoga 2016 menjadi tahun yang lebih baik dari sebelum ni.. Aaminn..


readmore »»