Pengikut VVIP

Friday 29 August 2014

Tekanan Jiwa Raga, Serebrum Tergendala.

Assalamualaikum...

Tak tahu pulak kenapa hari ni emosi aku jadi tak stabil.
banyak perkara yang buat aku stress.
Tambah-tambah lagi dengan kerja-kerja yang semakin berpusu-pusu minta disiapkan secepat yang mungkin.
Serabut sangat serebrum aku ni. Nak fikir dengan rasional pun kadang-kadang tu rasa dah tak mampu.

Menyesal
Gambar Kredit Kepada Housemate Yang Suka Jadi Mamarazzi Tak Bertauliah : Andi Lona


Aku takut nak sebut satu perkataan yang ada lapan abjad ni. MENYESAL.
Kenapa? sebab aku tahu, aku tak patut sebut. Tapi perkataan tu lah selalu curi-curi masuk dalam otak aku yang kurang stabil ni. Bukan gila. Waras lagi, alhamdulillah.

Tapi dengan jalan dan keputusan yang aku pilih ini dan dengan apa yang aku hadapi sekarang buat jiwa aku rasa nak memberontak. Aku takut gagal. Aku macam nak lepaskan semua dan mulakan semuanya semula. Tapi... Banyak aspek yang perlu aku pertimbangkan. *Mohon sedar diri fida. Tak semua benda yang kita fikir itu semudah yang kita fikir.
Satu saja jalan yang aku nampak. Teruskan. Ya, teruskan. Tapi nak melalui semua tu aku rasa tak sanggup. Cuma bila ayat-ayat dari Imam Syafie ni berlegar dalam lohong nurani aku, aku tahu aku patut terus bertahan dan teruskan.

Gambar Kredit Kepada  : http://hantuwriter.blogspot.com/
Sebenarnya masuk term 2 ni, rasa macam makin menggila pulak dilema aku ni. Aku tak faham kenapa tapi itulah yang buat aku selalu stress. Stress to the max. Nak luah pada mak? Oh tidak. Cukuplah mak tahu aku dalam keadaan baik-baik saja. Kesian mak. Aku dah janji susah macam mana pun aku akan tempuh sampailah aku dapat genggam segulung ijazah walaupun bukan dalam bidang yang aku feeling sangat tu.

Ha, bidang apa yang aku feeling sangat tu? Mestilah Penulisan Seni Kreatif. Memandang aku ni memang minat sangat menulis kan. Cuma skill tu kurang. So, aku selalu bayangkan betapa manisnya andai dapat belajar dan mendalami lagi ilmu penulisan ni. Tapi nak buat macam mana, aku yang pilih jalan ni. Biarlah semua tu jadi mimpi yang terkubur untuk sementara waktu. Sampailah aku dapat habiskan degree ni. Lepas tu, aku harap ada jalan untuk aku capai apa yang aku impikan tu. Cewahh.. Over sangat kau fida.

Okaylah. Takat tu dulu luahan sampah hati. Huh! Lega dapat luahkan dalam laman kaku ni. Biarpun tak berperasaan, aku tetap sayang belog buruk ni... huhuhu..<<<<<------ Motif huhuhu?= Tak tahu.
Okey, assalamualaikum :)
readmore »»  

Friday 22 August 2014

MH17~ Selamat Pulang, Selamat Tinggal.


Assalamualaikum...

Ternyata tarikh 22.8.2014 merupakan detik sedih dan hiba buat seluruh rakyat Malaysia. 20 jenazah mangsa tragedi MH17 selamat tiba di tanah air dan disambut dengan penuh adat istiadat.
Aku pun tak terkecuali daripada merasai kesedihan tu. Sungguh, rasa sebak saja bila tengok keranda-keranda yang diusung turun satu persatu. Setelah sebulan lebih jasad kaku bersemadi sementara di negara orang, akhirnya hari ini telah kembali ke tanah tumpah darah untuk disemadikan selamanya.

Kawan aku sampai tegur aku sebab dari pagi sampai malam asyik tengok layan Facebook baca cerita-cerita pasal tragedi and adat istiadat ketibaan jenazah. Setiap ada cara sendiri untuk zahirkan rasa sedih dan simpati, asalkan jangan berlebihan. Aku dengan cara aku, tak salah kan. Aku terfikir la jugak, aku ni yang tak ada kena mengena pun boleh terkena tempias sedihnya, inikan pulak ahli keluarga mangsa MH17. Mungkin rasa sedih tu dah tak boleh nak diorang 'describe' dalam apa cara sekalipun. Walaupun luaran nampak tabah dan redha, dalam hati Allah juga yang tahu betapa peritnya menghadapi ujian yang maha besar ini..

Kebahagiaan direntap sekelip mata.
Ibu ayah hilang anak, cucu,
Anak hilang ibu ayah,
Adik hilang kakak, abang.
Sahabat hilang sahabat.

Siapa mampu bendung kesedihan dalam waktu sukar macam ni. Apa yang buat aku bertambah sedih bila mana tragedi MH370 masih segar dan masih tiada jawapannya, Malaysia ditimpa pula dengan tragedi MH17 yang menyaksikan beratus nyawa tak berdosa terkorban. Malaysia benar diuji Allah. Mungkin ini adalah ujian besar dari Allah, mungkin juga peringatan buat kita yang selalu leka dan lupa akan kematian yang bakal menjemput bila-bila saja. Subhanallah. Besar kuasaMu Ya Allah. Nyawa kami milikMu. Dan hanya padaMu tempat kami kembali.

Hati aku tersentuh bila post-post di laman sosial Facebook memaparkan wajah anak kecil yang didukung oleh sahabat arwah mangsa tragedi MH17 semasa solat jenazah pagi tadi. Makin sebak saat air mata sahabat arwah yang merembes laju namun ditahan semampu yang mungkin hingga merah mukanya. Bakti terakhir buat arwah sahabatnya, haluan telah berbeza. Negeri dunia fana dan negeri abadi. Hanya menunggu dipertemukan kembali di alam akhirat jika diizin Tuhan. Sungguh aku faham apa ertinya sebuah kehilangan.






Antara gambar-gambar yang menggegar naluriku sebagai seorang insan biasa.
Sedihmu, terkilannya kamu dek tak dapat menatap wajah bonda buat yang terakhir kalinya.
Apa rasanya kebahagiaan bersama bonda direnggut sekelip mata, hanya Allah yang mengerti.
Mungkin terlalu berat untuk lalui betapa beratnya untuk melalui hari-hari tanpa bonda tersayang, kosong dan tidak bermakna saja. Allah tahu adik cekal, sebab itu Allah uji adik macam ni. Hanya yang terpilih saja diuji sebegini rupa. Semuanya Allah dah sediakan hikmah yang kita tak tahu apa rahsia disebalik semua ni. Semoga terus reda dengan ketentuan ilahi.

Salam Takziah buat semua ahli mangsa tragedi MH17, semoga diberi ketabahan dan kecekalan jiwa menghadapi hari-hari tanpa insan-insan tersayang. Kita juga bakal menyusul, itu pasti. Gugurnya daun di syurga, maka gugurlah nyawa kita saat itu. Cepat atau lambat semuanya tertakluk kepada rahsia Allah SWT.

Al-Fatihah,
MH17,
Selamat Pulang,
Selamat Tinggal.
Bersemadilah dengan tenang.
MH370, kami masih menanti.
Masih ramai jiwa yang berharap dan merindui.
Timbulkanlah bukti walau hanya serpihan kecil agar jelas segalanya.
Salam Takziah
#Pray4MH17
#Pray4MH370





readmore »»