Pengikut VVIP

Wednesday 2 December 2015

Final Year Project : Kelegaan Maksima Aku

Assalamualaikum..

Lama jugak rasanya tak update belog. Masa tu ada, tapi every time nak update tiba-tiba otak jadi kosong, jari jadi keras. Hahaha.. Alasan-tan tuh!

Alhamdulillah. Segala kekalutan FYP reda sudah. Tinggal lagi nak siapkan report yang tak kurang jugak peningnya. Yang lain-lain lagi, fuh.. mencabar. Paling syukur last sem ni exam ada dua paper saja. Jadi adalah masa tu nak bernafas sikit-sikit. Macam dah teruk sangat dah sampai nak bernafas sikit-siki. Haha..

Tapi memang pengalaman present FYP project tu satu pengalaman yang tak dapat dilupa seumur hidup.. ha giteww. haha.. Malam sebelum presentation day tu memang tak boleh tidur langsung. Asyik fikir ja apa nak jadi esoknya. Walaupun berdebar + takut, tapi berkat doa family, kawan-kawan, dah lepas presentation tu.

Time time Tuhan saja yang tahu betapa nervous-nya aku. Ketaq baq hang.. :p

Thanks datang bagi support Cik Aien Cup Cakes and kawan-kawan yang lain
So sekarang, tinggal nak siapkan FYP report, presentation Dr Hanizan and report, final exam and apply tempat untuk practical. Semoga segalanya dipermudahkan. Doakan kite.. heee .. Sampai sini dulu. Thanks sudi menyinggah baca :)


readmore »»  

Thursday 8 January 2015

2015, Sila Baik Dengan Saya ~


Assalamualaikum...

tudia! entri pertama untuk 2015. Dah masuk hari ke-8 baru tergerak hati nak update blog. Bukan senang makhluk ni nak update blog. Suka sangat biar blog ni bersarang. haha..

2015,
Oh tahun ni aku tak simpan azam. Tepat pukul 12.00 tengah malam, sambil menyaksikan bunga api yang ternyata jelas membazir, hati aku sebenarnya kosong. Apa yang nak aku azamkan? Aku tetap makhluk yang sama seperti tahun sebelumnya.
Nak perbaharui azam? Errr,, macam tak dah tak boleh percaya pada diri sendiri je? So, diam-diam sudah.. hehe

Azam memang tak ada. Tapi aku harap 2015 jadi tahun yang masyur untuk aku. Ceh.. Mana mai ayat masyur tu.. -_-
Sila baik dengan saya 2015.. Saya tak harap lebih, hanya harapkan yang terbaik bakal terukir dalam sejarah hidup saya. Mudah-mudahan.. Amin..

Sudah 23 tahun sudah usia.
tahun depan 24, then 25 then.. aduii.. cepat bebenor masa berlalu.. tak sempat nak celik oi!
Apa-apa pun Happy New Year !
Dah lama tak update blog rasa lemau semacam nak meroyan lebih-lebih.. Takat sini dulu..  ^_^

Adiosss ~

readmore »»