Pengikut VVIP

Friday 22 August 2014

MH17~ Selamat Pulang, Selamat Tinggal.


Assalamualaikum...

Ternyata tarikh 22.8.2014 merupakan detik sedih dan hiba buat seluruh rakyat Malaysia. 20 jenazah mangsa tragedi MH17 selamat tiba di tanah air dan disambut dengan penuh adat istiadat.
Aku pun tak terkecuali daripada merasai kesedihan tu. Sungguh, rasa sebak saja bila tengok keranda-keranda yang diusung turun satu persatu. Setelah sebulan lebih jasad kaku bersemadi sementara di negara orang, akhirnya hari ini telah kembali ke tanah tumpah darah untuk disemadikan selamanya.

Kawan aku sampai tegur aku sebab dari pagi sampai malam asyik tengok layan Facebook baca cerita-cerita pasal tragedi and adat istiadat ketibaan jenazah. Setiap ada cara sendiri untuk zahirkan rasa sedih dan simpati, asalkan jangan berlebihan. Aku dengan cara aku, tak salah kan. Aku terfikir la jugak, aku ni yang tak ada kena mengena pun boleh terkena tempias sedihnya, inikan pulak ahli keluarga mangsa MH17. Mungkin rasa sedih tu dah tak boleh nak diorang 'describe' dalam apa cara sekalipun. Walaupun luaran nampak tabah dan redha, dalam hati Allah juga yang tahu betapa peritnya menghadapi ujian yang maha besar ini..

Kebahagiaan direntap sekelip mata.
Ibu ayah hilang anak, cucu,
Anak hilang ibu ayah,
Adik hilang kakak, abang.
Sahabat hilang sahabat.

Siapa mampu bendung kesedihan dalam waktu sukar macam ni. Apa yang buat aku bertambah sedih bila mana tragedi MH370 masih segar dan masih tiada jawapannya, Malaysia ditimpa pula dengan tragedi MH17 yang menyaksikan beratus nyawa tak berdosa terkorban. Malaysia benar diuji Allah. Mungkin ini adalah ujian besar dari Allah, mungkin juga peringatan buat kita yang selalu leka dan lupa akan kematian yang bakal menjemput bila-bila saja. Subhanallah. Besar kuasaMu Ya Allah. Nyawa kami milikMu. Dan hanya padaMu tempat kami kembali.

Hati aku tersentuh bila post-post di laman sosial Facebook memaparkan wajah anak kecil yang didukung oleh sahabat arwah mangsa tragedi MH17 semasa solat jenazah pagi tadi. Makin sebak saat air mata sahabat arwah yang merembes laju namun ditahan semampu yang mungkin hingga merah mukanya. Bakti terakhir buat arwah sahabatnya, haluan telah berbeza. Negeri dunia fana dan negeri abadi. Hanya menunggu dipertemukan kembali di alam akhirat jika diizin Tuhan. Sungguh aku faham apa ertinya sebuah kehilangan.






Antara gambar-gambar yang menggegar naluriku sebagai seorang insan biasa.
Sedihmu, terkilannya kamu dek tak dapat menatap wajah bonda buat yang terakhir kalinya.
Apa rasanya kebahagiaan bersama bonda direnggut sekelip mata, hanya Allah yang mengerti.
Mungkin terlalu berat untuk lalui betapa beratnya untuk melalui hari-hari tanpa bonda tersayang, kosong dan tidak bermakna saja. Allah tahu adik cekal, sebab itu Allah uji adik macam ni. Hanya yang terpilih saja diuji sebegini rupa. Semuanya Allah dah sediakan hikmah yang kita tak tahu apa rahsia disebalik semua ni. Semoga terus reda dengan ketentuan ilahi.

Salam Takziah buat semua ahli mangsa tragedi MH17, semoga diberi ketabahan dan kecekalan jiwa menghadapi hari-hari tanpa insan-insan tersayang. Kita juga bakal menyusul, itu pasti. Gugurnya daun di syurga, maka gugurlah nyawa kita saat itu. Cepat atau lambat semuanya tertakluk kepada rahsia Allah SWT.

Al-Fatihah,
MH17,
Selamat Pulang,
Selamat Tinggal.
Bersemadilah dengan tenang.
MH370, kami masih menanti.
Masih ramai jiwa yang berharap dan merindui.
Timbulkanlah bukti walau hanya serpihan kecil agar jelas segalanya.
Salam Takziah
#Pray4MH17
#Pray4MH370





No comments:

Post a Comment